Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Friday 29 April 2011

PYOMETRA??


Apekebenda nya Pyometra ni? Kembar nye Carmen Electra ke?

Hehehe...sebenarnya, Pyometra yang dalam bahasa inggerisnya berbunyi pus filled uterus (nanah dalam Rahim) merupakan jangkitan penyakit dalam rahim  yang boleh dianggap serius dan mengancam nyawa  mana-mana kucing betina. 
Ye ke! Kalo gitu, ape simptom2 nya ya?
Pyometra ni biasanya berlaku dalam lingkungan 6 - 8 minggu selepas sang "heroin" datang berahi. Ia amatlah berbahaya dan sekiranya berlaku kes, anda dikehendaki rujuk kes kepada veterinar secepat mungkin. Pyometra ni boleh tetbentuk dlm masa yg singkat ataupun cepat!
Ade dua jenis Pyometra iaitu Terbuka dan Tertutup;
  • Pyometra Terbuka: Servik si comel terbuka dan mengeluarkan nanah dari kemaluan yang biasanya berwarna krim, merah jambu ataupun coklat. Bau nanah amatlah busuk.
  • Pyometra Tertutup: Keadaan rahim tertutup mengakibatkan nanah gagal mengalir keluar dan terkumpul di dalam rahim. 

Harus di ingat bahawa kedua-dua jenis kes pyometra adalah kes emergency namun kes pyometra tertutup jauh lebih berbahaya dan mengancam nyawa. {ni bukan main-main tau~betul ni}. Pyometra boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman kucing dan juga keracunan darah!!!
Selain daripada nanah yang keluar dari kemaluan si comel, tanda-tanda lain adalah seperti ;
  • Anorexia (hilang selera makan)
  • Penurunan berat badan
  • Kelesuan [kurang aktif]
  • Peningkatan atau penurunan berat badan yang mendadak.
  • Polydipsia (kehausan melampau)
  • Polyuria (kerap kencing)
  • Perut yang Buncit.
  • Dehidrasi
  • Peningkatan jumlah sel darah putih.  

Ooo...dah tu, mcm mana nak diagnose ya?

Biasanya, vet akan melakukan rutin pemeriksaan pada si comel dan akan bertanya sejarah perubatan termasuk kali terakhir si comel di lihat birah(datang berahi atau horny kata omputih!) hehe.
Vet juga akan memerhatikan nanah yang keluar dari kemaluan si comel, dan mampu merasa pembengkakan yang berlaku di dalam rahim samada melalui ultrasound mahupun x-ray. 

I see...kalo dah diagnose,mcm ne pulak nak rawatnye?

  • Kalo le kata si comel yang dijangkiti bukan untuk tujuan pembiakan, maka "pemandulan" adalah jalan penyelesaian yang terbaik..
  • Suntikan antibiotik olel vet bertauliah untuk membendung jangkitan.
  • Cecair IV utk merawat dehidrasi.
  • Kalo kucing yg dijangkiti adalah utk pembiakan, Ikaedah rawatn prostaglandin akan dilakukan. Kaedah ini akan menyebabkan kontraksi pada rahim dan serviks sekaligus membantu mengeluarkan nanah dari dalam rahim. Kesan sampingan kaedah ni?? ade. Contihnya muntah-muntah, cirit birit, tidak tenteram, termengah-mengah dan kejutan. Nanah mungkin dapat dibendung dan membolehkan si comel anda dirawat berterusan.

So, kalau ade tanda-tanda seperti diatas pada si comel anda...sila la rawat mereka ya...kesian tersiksa klu x dirawat nanti. Ok la, sy minta diri dulu la ye...mata da berat...huhuhuh. Daaaaaaaaaaaaaaa

12 comments:

meowwmania said...

kucin sy pernah mengalami situasi macam tu, ada keluar nanah dari kemaluan tp menurut kata vet mungkin disebabkan injection pencegah kehamilan yg telah diberi beberapa kali sebelum ni, betul ke ekk..?

oh! lg satu nak tnya...sekor kucin jantan sy kat telinganya seperti ada tumbuh belon tp nampaknya tak sakit, sampai terkelepet telinga dia. apa tu yer...dan bahaya tak?

Tanya Sama Vet said...

Assalam meowwmania, pyometra boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan salah satu daripadanya adalah penggunaan hormon penggalak. Hormon ni secara tidak langsung akan menggangu sistem pembiakan betina dan boleh mengakibatkan jangkitan. Belon kat tinger? boleh x meowwmania ambil gambar dan emailkan pada saya?

meowwmania said...

oh macam tu..terima kasih yer :)

yg pasal belon tu sbnrnya bukan la belon sgt, mula-mula telinganya macam kembong tp skrg dah kempis dan terkelepet

gmbr ada pd entri ni..

http://meowwmania.blogspot.com/2011/04/assalammualaikum.html

terima kasih sekali lg :)

Unknown said...

salam my cat pernah mengalami situasi macam tu, ada keluar cecair warna kucing kat vagina tp saya xpasti itu nanah or x sbb bau dia xbusuk pon..setiase lap sbb meleleh je..dia baru pertama kasih pengawan lps dlm bpe hari rase dlm 2 hari mcm tu trus kuar cecair tu...tp dia aktif jee makan pon byk xde laa xaktif jee..da pergi vet doc kasi ubat antibiotik n anti radang je... da masuk 3 hari daa masih ade lg cecair tu tapi xbyk mcm xsebelum nie..jus risau jee...tulunggg!!!

Unknown said...

*pertama kali bukan kasih sory typo tq

Unknown said...

prinvess eca..my cat pun mengalami nasib yg sama..sy dah bt rawatan g vet 3hari berturut2..sy bg ubat anti radang n antibiotik dlm 3 hari je sbb terlupa busy keje..selepas 1 mggu ada nanah kluar balik..sy bg ubat antibiotik n anti radang je..

Unknown said...

klu bagi ubat anti radang n antibiotik je bleh baik ker?

Unknown said...

Assalam..

Boleh saya tahu kos rawatan bagi pyometra?

Unknown said...

Assalamualaikum bagaimana ya anak kucing yg saya adopt tu dkt penis dia tu semtiasa trtkeluar dan berlendih ya?

Unknown said...

Assalamualaikum. Anak kucing saye kluar cecair wrne kuning dri kemaluan dan brbau busuk.X psti nanah ke ape. Mcm mne cara mk rawatnye?

Unknown said...

Berapa kos rawatan di klinik swasta

Unknown said...

3 ekor anak kucing saya yang baru lahir alami perkara sama. Awak dah tahu ke tentang info tentang cecair kuning tu. Kalau ada info mintak tolong share sgt sbb dalam 3 hari anak kucing la mengeow nampak mcm kesakitan.