Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Tuesday, 3 May 2011

HEMATOMA TELINGA (AURAL HEMATOMA)


APEKAH ITU HEMATOMA TELINGA?
~ Pengumpulan cecair atau darah akibat kebocoran salur darah pada cuping telinga. Cairan ini terperangkan diantara kulit dan tulang rawan telinga.

APE PUNCA NYA?
~Bila kucing kita menggaru atau menggoncangkan kepala dengan ‘ekstrem’ atau kuat, akan berlakunya pecahan pada salur darah dan berlakulah Hematoma...bukan Hema Malini ye! Hehehe. Ade beberapa punca berlakunya Hematoma ni antaranya ;

1.  1. Trauma
2. 2. Goncangan atau garuan yg kuat dan kasar pada kawasan kepala atau telinga yg disebabkan oleh kutu telinga(ear mites), Hama, Kutu, alahan ataupun jangkitan pada luar cuping telinga.
Sekiranga kucing anda dijangkiti penyakit ini, kami sarankan anda bawa dia berjumpa dengan vet yang berhampiran.

SIMPTOM HEMATOMA TELINGA
~ Bengkak atau benjolan pada bahagian telinga. Kawan tersebut akan menjadi lembut, suam dan dipenuhi cecair. Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menyebabkan kecacatan seumur hidup yg dikenali sebagai “telinga kobis” atau dalam bahasa penjajahnya “cauliflower ear”.

 PENGECAMAN.
~Vet dengan mudah dapat mengenalpasti hematoma telinga dengan sekali imbas berdasarkan rupa fizikal telinga kucing anda. Walaubagaimanapun, ketumbuhan juga menunjukkan symptom yg sama. Jadi, kebarangkalian untuk vet melakukan ujian adalah tinggi. Biasanya vet akan menggunakan jarum untuk memecahkan gelembung tersebut dan mengambil sedikit sampel cairan dan dianalisa menggunakan mikroskop. Jika cairan tersebut mengandungi darah, maka 100% hematoma telinga. Dari situ, vet juga akan mengenalpasti punca berlakunya hematoma tersebut.

RAWATAN
~ Sekiranya tidak serius, vet akan pecahkan gelembung dan mengeluarkan semua cairan yang terkumpul. Kemudian antibiotic dan ubat bengkak akan disuntik utk mempercepatkan proses penyembuhan. Tapi, cara ni mudah untuk kes hematoma telinga yg kecil aje dan kebarangkalian untuk kes berulang semula adalah tinggi sekiranya rawatan tidak diberi sepenuhnya.

~ Kalo kate kes hematoma yg serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan. Secara tipikalnya, vet akan membuat belahan kecil pada bahagian yg dijangkiti dan membuang lendiran dan darah yang terkumpul. Belahan tersebut akan dibiarkan sehingga cecair ataupun darah terkumpul benar-benar kering. Kemudian, jahitan dan balutan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Jika perlu. E-collar (Elizabeth collar) akan dipakaikan bagi mengelak si comel menggaru kawasan yg dirawat. Selain itu, punca berlakunya hematoma telinga akan dikenal pasti dan dirawat bagi menglakkan pengulangan kes.

Aural Hematoma (Hematoma Telinga) 

Belahan yg dibuat untuk membuat cairan atau darah terkumpul.

Kaedah jahitan sebagai rawatan utk Hematoma Telinga.




4 comments:

meowwmania said...

oh! macam tu..sy faham ;)

terima kasih di atas penjelasan yg sangat jelas hehee

thanx a lot!!

andri irawan said...

artikelnya sangat membantu,,soalnya sekarang kucing saya sedang sakit seperti itu,,dan boleh tau biayanya berapa apabila telinganya di bedah seperti itu.. terimakasih

Nurul najiha said...

100-150.. kucing saya sedang kena skrg esok akan oprate

Kucing tersayang said...

Macam mana nak rawat telinga kucing sendiri