Sporotrichosis ni mende? Biskut kacang ke? Mcm kueh lapes ke? Tidak ade maknanya ya... Sporotricosis ni merupakan jangkitan kulat “tegar” atau serious yang mampu menjangkiti Kucing, Anjing mahupun Manusia. Tapi kes Sporotricosis ni jarang berlaku. Disebabkan penyakit ni boleh menjnagkiti manusia, saya rasa ia tidaklah harus dipandang enteng ya!!
APE TU SPOROTRICOSIS DAN BAGAIMANA SI COMEL MENGHIDAPNYA?
KAK PORO (Sporotricosis ni merupakan jangkitan yang disebabkan oleh fungus bernama Sporothrix schenckii. [terbelit lidah nak menyebutnya ya...hahaha] Fungus ni boleh dijumpai dalam tanih dan debu-debu organic sekeliling kita ni je. Biasanya, KAK PORO ni suke menetap dalam badan kucing “outdoor” atau kucing liar yang amat gemarkan aktiviti memburu dan bergaduh! Terutamanya penjantan ye... Fungus ini menjangkiti kucing melalui luka-luka terbuka akibat pergaduhan, atau dari gigitan fatal sewaktu bergaduh tu. Bagi manusia pula, KAK PORO dengan mudah masuk dalam luka-luka baru bila kita bersentuhan dengan kucing yg dijangkiti atau digigit oleh mereka.
APE GELAJA / SIMPTOM DIJANGKITI?
Pada Kucing,luka biasanya terjadi pada bahagian kepala, kaki dan ekor atau pada mana-mana bahagian yang digigit sewaktu bergaduh. Kesan gigitan akan bertukar menjadi luka yang amat sukar sembuh lalu bertukar menjadi ulser , berlendir dan merebak. Kucing-kucing yang dijangkiti ni menyebarkan KAK PORO ni melalui lendiran yang terdapat pada luka-luka dibadan nya. Sesetengah kucing yang dijangkiti akan mudah demam dan sakit teruk, hilang selera makan dan menjadi lesu atau tidak aktif.
Gejala KAK PORO menjangkiti manusia biasanya dapat dilihat pada bahagian tangan, jari atau muka atau dimana-mana bahagian anggota badan yang terdapatnya luka terbuka yang bersentuhan dengan kucing yang tercemar.
Bahagian yang dijangkiti akan membengkak atau berbintil yang mungkin akan pecah dan mengeluarkan lender. Bintik tersebut juga akan mengakibatkan kawasan dijangkiti bengkak dan merebak.
MCM MANA NAK DIAGNOSE??
KAK PORO ni senang je nak dikenal pasti. Biasanya kawasan luka akan dipenuhi organisma Sporothrix yang wujud dalam lendiran dan boleh dilihat jelas menggunakan mikroskop.
RAWATAN???
Kucing yang dijangkiti boleh dirawat menggunakan potassium iodide yang diberikan melalui mulut selama 4 – 8 minggu berturut-turut. Ketoconazole atau Intraconazole yang amat mahal juga diperlukan dalam merawat penyakit ni.. Kesemua bahan diatas amat bertoksik dan diberikan pada kadar yang sgt minima berbanding anjing!
Memandangkan Sporothrix ini adalah fungus dan bukannya bacteria, antibiotic amatlah tidak berkesan. Kucing yang dijangkiti juga tidak seharusnya diberikan steroids. Kenapa? Sebab steroids akan menyebabkan kawasan luka menjadi lebih teruk. Ingat tu ya!
PENCEGAHAN? BLEH KE?
Langkah pencegahan seperti ;
1. Rawatan Segera pada semua bahagian luka pada anggota badan kucing.
2. Mengkasi/sunatkan kucing dan biarkan mereka dok dalam umah jek.
3. Kalo bela stray cat, pastikan anda bawak mereka jumpa vet dan mereka disahkan bebas KAK PORO.
Simple kann? Memandangkan KAK PORO ni kes Jarang, cukuplah sekadar kite amek tahu ya. Cuma kalo kucing korang yang gangster2 tu balik bawak luka....cepat2 bawak jumpa vet and rawat ya...Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati. Daaaaaaaaaaa
1 comments:
Baru2 ni salah seekor kucing saya telah di diagnosis ade penyakit ini. Dan doktor kata jalan penyelesaian yg ada hnyalah tdo kn kucing saya tu. btw, thanks for sharing this info.
Post a Comment