Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Friday 1 April 2011

Kasih Utk Si Lumpuh...

Sekadar berkongsi duka disini ~ ~ ~

Sabtu Lalu, saya dan Dr.Zul menunggu ketibaan Dr.Goh di McD Equine Park dikejutkan dengan jeritan comel anak2 kucing dari kesayupan...setelah puas mencari, kelihatan 3 ekor si kerdil berwarna putih menjerit yang semestinya ketakutan mencari si ibu...wujud rasa simpati dan ihsan namun kami cuba abaikan...

Tiba-tiba...terlihat kelibat si kerdil ke-empat berwarna hitam bergolek-golek dari arah jalan raya...kami perhatikan mengapa si kerdil begitu...dengan perasaan cuak...kami bergegas turun dan cuba melihat dengan sangkaan si kerdil digigit semut...sebaik tiba...luluh hati kami melihat kedua kaki belakang kerdil lurus ke belakang tidak boleh bergerak...menurut Dr.Zul...tulang belakang si kerdil rosak teruk atas kemungkinan dilanggar atau terpijak dek orang yang lalu lalang dikawasan tersebut... [si kerdil bergerak dengan cara menggulingkan badan ke arah yang nak dituju :-( ]

Mata  meliar melihat dimanakah sang ibu...setengah jam menanti, kami putuskan mengambil kesemuanya utk mengelakkan perkara yg lebih buruk terjadi..Sampi dirumah, kami berikan susu menggunakan syringe (si kerdil dlm lingkungan usia sebulan) dan wet food. Si kerdil yg lumpuh turut makan dengan lahapnya...

Menurut Dr.Zul dan Dr. Ihsan...si kerdil yg lumpuh tidak akan hidup lama dan menasihatkan saya agar membuat "Euthanasia" (mercy killing) ...namun sy berazam menjaga sebaiknya. (Degil kan...). hari-hari rutin sebelum dan selepas kerja saya ialah memberi makanan dan menyuapkan susu utk mereka...sejuk hati bila melihat si kerdil yg lumpuh tu dibalut dengan tuala suam merengek minta disusukan...lalu senyap dan lelap bila kekenyangan...somell sgt...

Namun Allah lebih menyayangi si kerdil...tiga hari lepas dia dipanggil Ilahi tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sakit. Sedih hati bila perasaan syg yang dah mula wujud ditarik...namun redha kerana dia kini terjamin dijaga dengan lebih baik... :-( 

Saudara-saudara si kerdil pula sihat dan menunggu masa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang sudi menjaga.... :-). Rindu pulak rengekan budak-budak kecik tu bila taip entri nih...emmm

1 comments:

anizarina said...

sayu rina membacanya..actually we were looking for a kitten for adoption..sekor je yg kami boleh ambil memandangkan kami tinggal di apartment + dh ada seekor kucing. boleh ke nk kami jaga seekor? we r ok to take care of a very small kitten klo nak kene bg minum susu pakai syringe..