Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Monday 4 April 2011

VIRUS DAN VAKSIN...

Assalamualaikum (versi prof Izzy) boleh? hahahah...Ape kaba korang hari ni...ermmm...mcm biasa la...jenuh menunggu bahan bacaan dari vet yg maha bizi tu...jadi saya come up dengan entri saya sendiri la ya...kali ni saya nak sentuh topik Virus-Virus berbahaya yang boleh menjangkiti kucing dan perlu dicegah melalui program pem"vaksinan".

Sila rujuk info di bawah ya ;

  • Rhinotracheitis virus/feline herpes
    • Popular sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.
  • Calici virus
    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.
  • Panleukopenia virus
    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.
  • Chlamydia (Pneumonitis)
    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.
  • Feline Leukemia virus
    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).
  • Rabies virus
    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.
  • Feline Infectious Peritonitis virus
    • Juga dikenali sebagai FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.
  • Bordetella
    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).
  • Ringworm fungus
    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).
  • Feline Immunodeficiency virus
    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).
  • Giardia
    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.
So, kalo anda rasa sangat sayangkan si Somell anda...cepat-cepat bawa ke klinik dan start buat program vaksin ya. Rutin Vaksin mudah je...

Utk first timer, suntikan pertama diberikan dan disusuli oleh suntikan kedua dan ketiga yang mana tempoh selang selama sebulan sahaja. Selepas suntikan ketiga, si somell anda perlu diulang vaksin setahun sekali sahaja...tapi make sure jgn due ya...heheheh...kalo x ulang rutin dari awal le gamaknye....heheheheeh

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ( ^ _ ^ )

0 comments: