Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Friday, 29 April 2011

PYOMETRA??


Apekebenda nya Pyometra ni? Kembar nye Carmen Electra ke?

Hehehe...sebenarnya, Pyometra yang dalam bahasa inggerisnya berbunyi pus filled uterus (nanah dalam Rahim) merupakan jangkitan penyakit dalam rahim  yang boleh dianggap serius dan mengancam nyawa  mana-mana kucing betina. 
Ye ke! Kalo gitu, ape simptom2 nya ya?
Pyometra ni biasanya berlaku dalam lingkungan 6 - 8 minggu selepas sang "heroin" datang berahi. Ia amatlah berbahaya dan sekiranya berlaku kes, anda dikehendaki rujuk kes kepada veterinar secepat mungkin. Pyometra ni boleh tetbentuk dlm masa yg singkat ataupun cepat!
Ade dua jenis Pyometra iaitu Terbuka dan Tertutup;
  • Pyometra Terbuka: Servik si comel terbuka dan mengeluarkan nanah dari kemaluan yang biasanya berwarna krim, merah jambu ataupun coklat. Bau nanah amatlah busuk.
  • Pyometra Tertutup: Keadaan rahim tertutup mengakibatkan nanah gagal mengalir keluar dan terkumpul di dalam rahim. 

Harus di ingat bahawa kedua-dua jenis kes pyometra adalah kes emergency namun kes pyometra tertutup jauh lebih berbahaya dan mengancam nyawa. {ni bukan main-main tau~betul ni}. Pyometra boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman kucing dan juga keracunan darah!!!
Selain daripada nanah yang keluar dari kemaluan si comel, tanda-tanda lain adalah seperti ;
  • Anorexia (hilang selera makan)
  • Penurunan berat badan
  • Kelesuan [kurang aktif]
  • Peningkatan atau penurunan berat badan yang mendadak.
  • Polydipsia (kehausan melampau)
  • Polyuria (kerap kencing)
  • Perut yang Buncit.
  • Dehidrasi
  • Peningkatan jumlah sel darah putih.  

Ooo...dah tu, mcm mana nak diagnose ya?

Biasanya, vet akan melakukan rutin pemeriksaan pada si comel dan akan bertanya sejarah perubatan termasuk kali terakhir si comel di lihat birah(datang berahi atau horny kata omputih!) hehe.
Vet juga akan memerhatikan nanah yang keluar dari kemaluan si comel, dan mampu merasa pembengkakan yang berlaku di dalam rahim samada melalui ultrasound mahupun x-ray. 

I see...kalo dah diagnose,mcm ne pulak nak rawatnye?

  • Kalo le kata si comel yang dijangkiti bukan untuk tujuan pembiakan, maka "pemandulan" adalah jalan penyelesaian yang terbaik..
  • Suntikan antibiotik olel vet bertauliah untuk membendung jangkitan.
  • Cecair IV utk merawat dehidrasi.
  • Kalo kucing yg dijangkiti adalah utk pembiakan, Ikaedah rawatn prostaglandin akan dilakukan. Kaedah ini akan menyebabkan kontraksi pada rahim dan serviks sekaligus membantu mengeluarkan nanah dari dalam rahim. Kesan sampingan kaedah ni?? ade. Contihnya muntah-muntah, cirit birit, tidak tenteram, termengah-mengah dan kejutan. Nanah mungkin dapat dibendung dan membolehkan si comel anda dirawat berterusan.

So, kalau ade tanda-tanda seperti diatas pada si comel anda...sila la rawat mereka ya...kesian tersiksa klu x dirawat nanti. Ok la, sy minta diri dulu la ye...mata da berat...huhuhuh. Daaaaaaaaaaaaaaa

Monday, 25 April 2011

POTRETKAN SI COMEL ANDA

Click atas gambar utk besarkan!

Pernah tak korang terfikir nak buat album khas utk si comel korang? alaaaaa...yang mcm album kahwin tu...kalo ade, cepat2 hubungi imacphotography ni...diowang professional dalam bab-bab photografi ni. Dr zul pernah menggukankan khidmat mereka sebagai official photographer sewaktu majlis perkahwinan beliau. Mmg pro wa cakap luu...cewah. 

Saya sebagai org kanan Dr Zul memfollowkan diri sewaktu semua sesi fotografi amat kagum dengan hasil kerja diowang. Sentuhan grafik yang minima tetapi menghasilkan impak yang amat menarik. Nanti album kawen Dr Zul siap...sy hapload masuk blog ya. heheheh...

Tentang bayaran, insyaallah mereka menawarkan harga berpatutan. Dijamin puas hati.... Kepada yang berminat, try la kenen harga dengan mereka ya. Chayyooooo...

HARBOUR PLACE KLANG, CAT ROAD SHOW

yUhOOOOooo waRga-WarGa KlAnG...wATch oUttttt!!!!! hEHEHeheh

Thursday, 21 April 2011

MAKANAN APE YG BAHAYA UTK SI COMEL KITE?

MAKAN ANGIN BUKANLAH JAWAPAN YG BETUL YA...HAHAHAH. KALO KORANG NAK TAU, SESETENGAH MAKANAN YG KITA AMBIL SETIAP HARI BERKEMUNGKINAN AMAT BERBAHAYA UNTUK SI COMEL KITA KERANA METABOLISMA YANG BERBEZA. SESETENGAH MAKANAN TU MUNGKIN MENYEBABKAN GANGGUAN DALM SISTEM PENCERNAAN, ADE YG MENGAKIBATKAN CEDERA PARAH MALAH KEMATIAN. BAHAYA TU...SO, BAWAH NI ADE SENARAI APE YG TIDAK BOLEH DIBERI PADA SI COMEL KITA...OF COURSE X LENGKAP ...TAPI CUKUP SEBAGAI PANDUAN...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...HEHEHEH



SILA JAUHI
NGAPE???
Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan,koma dan kematian. Jauhi Arak ya! hehehe
Makan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.
Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.
Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke…Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin nix de proper vitamins dan mampu menyebabkan kucind anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah.  [ no wonder lepas I makan sardine 2 tin rase ngantuk je~ tetiba]
Coklat, Kopi,The atau ape2 sumber kafein.
menagndungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan CERI-BERI(cirit), muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.
Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi
Makanan Hanjeng
Kalo termakan xde la ape sgt. Tapi kalo denagn sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.
Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak x sempurna)
Kalo diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian.
Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.

Panadol / Paracetamol
Si comel kite x boleh proses paracetamol ye. Liver dia xkan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalo si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.
Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.
Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes…hyperactive,kejang,mati.
Produk berasaskan susu.
CERI-BERRI (Cirit-Birit)
Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan CERI-BERI(CIRIT).
Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.
Bawang Merah Bawang Putih..cewah…cam cite dolu-dolu…huhu
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.
Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbg avidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.
Daging Mentah
Mengandungi  bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan CERI-BERI(CIRIT) yang serius.
Garam
Kalo termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.
Tali???
Ade ke bg makan tali! Haha…dlm sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tuu…
Makanan Bergula..
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!
Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.
Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tuuu…


Tuesday, 19 April 2011

SPOROTRICOSIS @ KAK PORO



Sporotrichosis ni mende? Biskut kacang ke? Mcm kueh lapes ke? Tidak ade maknanya ya... Sporotricosis ni merupakan jangkitan kulat “tegar” atau serious yang mampu menjangkiti Kucing, Anjing mahupun Manusia. Tapi kes Sporotricosis ni jarang berlaku. Disebabkan penyakit ni boleh menjnagkiti manusia, saya rasa ia tidaklah harus dipandang enteng ya!!

APE TU SPOROTRICOSIS DAN BAGAIMANA SI COMEL MENGHIDAPNYA?

KAK PORO (Sporotricosis ni merupakan jangkitan yang disebabkan oleh fungus bernama Sporothrix schenckii. [terbelit lidah nak menyebutnya ya...hahaha] Fungus ni boleh dijumpai dalam tanih dan debu-debu organic sekeliling kita ni je. Biasanya, KAK PORO ni suke menetap dalam badan kucing “outdoor” atau kucing liar yang amat gemarkan aktiviti memburu dan bergaduh! Terutamanya penjantan ye... Fungus ini menjangkiti kucing melalui luka-luka terbuka akibat pergaduhan, atau dari gigitan fatal sewaktu bergaduh tu. Bagi manusia pula, KAK PORO dengan mudah masuk dalam luka-luka baru bila kita bersentuhan dengan kucing yg dijangkiti atau digigit oleh mereka.  

APE GELAJA / SIMPTOM DIJANGKITI?

Pada Kucing,luka biasanya terjadi pada bahagian kepala, kaki dan ekor atau pada mana-mana bahagian yang digigit sewaktu bergaduh. Kesan gigitan akan bertukar menjadi luka yang amat sukar sembuh lalu bertukar menjadi ulser , berlendir dan merebak. Kucing-kucing yang dijangkiti ni menyebarkan KAK PORO ni melalui lendiran yang terdapat pada luka-luka dibadan nya. Sesetengah kucing yang dijangkiti akan mudah demam dan sakit teruk, hilang selera makan  dan menjadi lesu atau tidak aktif.
Gejala KAK PORO menjangkiti manusia biasanya dapat dilihat pada bahagian tangan, jari atau muka atau dimana-mana bahagian anggota badan yang terdapatnya luka terbuka yang bersentuhan dengan kucing yang tercemar.
Bahagian yang dijangkiti akan membengkak atau berbintil yang mungkin akan pecah dan mengeluarkan lender. Bintik tersebut juga akan mengakibatkan kawasan dijangkiti bengkak dan merebak.

MCM MANA NAK DIAGNOSE??

KAK PORO ni senang je nak dikenal pasti. Biasanya kawasan luka akan dipenuhi organisma Sporothrix yang wujud dalam lendiran dan boleh dilihat jelas menggunakan mikroskop.

RAWATAN???

Kucing yang dijangkiti boleh dirawat menggunakan  potassium iodide yang diberikan melalui mulut selama 4 – 8 minggu berturut-turut. Ketoconazole atau Intraconazole yang amat mahal juga diperlukan dalam merawat penyakit ni.. Kesemua bahan diatas amat bertoksik dan diberikan pada kadar yang sgt minima berbanding anjing!
Memandangkan Sporothrix ini adalah fungus dan bukannya bacteria, antibiotic amatlah tidak berkesan. Kucing yang dijangkiti juga tidak seharusnya diberikan steroids. Kenapa? Sebab steroids akan menyebabkan kawasan luka menjadi lebih teruk. Ingat tu ya!

PENCEGAHAN? BLEH KE?
Langkah pencegahan seperti ;
1.   Rawatan Segera pada semua bahagian luka pada anggota badan kucing.
2.   Mengkasi/sunatkan kucing dan biarkan mereka dok dalam umah jek.
3.   Kalo bela stray cat, pastikan anda bawak mereka jumpa vet dan mereka disahkan bebas KAK PORO.

Simple kann? Memandangkan KAK PORO ni kes Jarang, cukuplah sekadar kite amek tahu ya. Cuma kalo kucing korang yang gangster2 tu balik bawak luka....cepat2 bawak jumpa vet and rawat ya...Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati. Daaaaaaaaaaa

Monday, 18 April 2011

PET'Z POWWOW @ THE MINES


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua... Phew...sebelum sy start membebel dan melalut-lalut ni... saya nak ambil kesempatan dlm blog sendiri menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada KELAB KUCING MALAYSIA kerana memberi peluang kepada kami untuk turut memeriahkan Petz PowWow 2011 di The Mines pada 16 dan 17 April 2011. Pak Khalid, Habbil, Has, Terri, Jai, Awe,Aiman dan semua...thanks a lot ya...we love you all yang sangat happening tu ( ^ _ ^ ).
                                                                                                               FROM : Dr Zul, Rizal dan Elya...

Ok...saya jugak nak amek kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dr Zue dan Dr Inn (Juri Import) yang sanggup datang dari jauh utk tumpang glamer...ekekeke...silap2...sori ye Kak zue & Inn...gurau semata2...Tanpa Kak Zue dan Inn...maka x vogue la sesi penjurian Pertandingan ye!  

Kalo korang nak tau...Dr Zue dan suami serta anaknya drive dr Melaka str8 to The Mines while Dr Inn ni pulak...dari Kluang,Johor drive str8 ke the Mines ya utk bersama-sama menjayakan Petz PowWow 2011 ni...meriah kan... [Sesapa nak contact Dr Zue~area Melaka or Dr Inn ~ area Kluang...sila la email saya ya...heheheh)

Ermm...mari melalut~ sepanjang berlangsungnya Petz PowWow ni...baru kami tahu bahawa di Malaysia ni ade ramai Breeder Kucing..wow...terkesima bile tgk diowang bawak stud masing-masing...ade yg rupe Brad Pitt, ada yg mirip Shah Rukh Khan...malah ade juga yg mirip Angelina Jolie...tapi semua versi kucing...seksi...korang ade??? xde kann...haaa..bace je lah ye! hahahah

Selain breeder..ada juga ahli KKM yang buat kerja-kerja amal menyelamatkan kucing2 terbiar dan dibesarkan dengan sempurna dan penuh kasih sayang...kagum saya melihat kesungguhan mereka...dan sesungguhnya kucing-kucing mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat mereka...Sy respek korang...salute...[termenung sejenak~~~] hurmm...

Bertuanhnya say dan Dr Zul dapat melalui pengalaman ini...x sabar nak join lagi next time...moga2 kami dijemput lagi...heheheh...

By the way...kat atas tu ade sikit gambar2...sila la tengok ya...kalo nak lebih clear...click je gambar tu bg besar...x pun, masuk fb kami dan tengok puas2 ya...huhuhuhuh...nak tido dah...Daaaaaaaaaaaa...mwah. heheheh

Wednesday, 13 April 2011

How Do Cats Get Roundworms??? Eeewww....

Most cats will get worms -- nasty parasites that invade their systems -- at some point in their lives. Outdoor cats that hunt rodents can get roundworm from eating their prey; kittens usually get it via milk from their infected mothers. Even indoor cats may ingest an infected fly that finds its way into your home. That's scary, because people can get it too. Luckily, treating feline roundworm is fairly easy. Guarding against it, with the right prevention and a clean environment, will keep your cat and its owner in a roundworm-free zone.

What is Roundworm?
Roundworms (known as Cacing Gelang in Bahasa Melayu) are the most common form of parasites found in cats. They're large, averaging 3 to 6 inches (7 to 15 centimeters) in length, and round, as the name suggests. They infest a cat's intestines, hatch in its intestinal tract, and eventually migrate to the liver, bloodstream and lungs. Significant numbers of roundworms can be fatal for kittens.

Scientifically known as Toxacara cati, feline roundworm is contracted when cats ingest roundworm eggs containing larvae. Eggs reside in hosts, such as rodents, birds, cockroaches or earthworms eaten by outdoor cats. They can also live in the feces of infected cats, or in soil. Roundworm is usually transmitted to kittens in 
milk from a mother whose mammary glands are infected with larvae.

While outdoor cats are most likely to get roundworm, indoor cats aren't immune. They may eat an infected insect that introduces larvae into their systems. And an infected cat's feces can leave eggs in a litter box, potentially infecting other cats or humans.

Symptoms of Roundworm 
Feline roundworm is easily recognizable. You'll see visible spaghetti-like strings in the cat's stool or vomit. Even if no intact roundworms appear, symptoms are distinctive. Kittens with roundworm look pot-bellied, and their stomachs feel hard. Yet, because roundworms deplete their food intake, infected kittens are actually malnourished and the rest of their bodies look thin.
Other signs of roundworm include vomiting, diarrhea, weight loss, a poor appetite and a dull coat. Although kittens are most at risk, untreated roundworms can multiply and create an intestinal blockage in any cat, causing severe constipation

Can Human get roundworm from cats??? 
Yes, people can get roundworm from cats. If you touch soil contaminated by roundworms through animal feces, or handle an infected cat's stool, you can ingest roundworms. As with cats, roundworm larvae can invade human intestines. They can enter the bloodstream, migrate to vital organs, and also enter the eyes. In extreme cases, roundworm larvae have been known to cause permanent damage to the eyes of children who have come in contact with infected cat feces, and then put their hands into their mouths.

Treatment
Once you know that your kitten or cat has roundworm -- your vet can test a fecal sample to confirm it -- treatment is simple. Cats are given an oral deworming medication, called an anthelmintic. Your vet can prescribe the right dewormer, preferred when treating kittens, but over-the-counter versions are also available. The dewormer forces adult roundworms out of the cat's intestines, and into the stool.
Your cat will need more than one deworming session to be fully cured. Deworm your pet at least twice, possibly three times, leaving two to three weeks between each dose.

Prevention
To keep roundworm away, be vigilant in cleaning your cat's living area, disposing of litter box contents frequently. If your cat goes outdoors, hunting small animals that can carry roundworm, or walking on contaminated soil, consider keeping him indoors.
Some monthly flea and heartworm medications also help fight roundworm. Kittens should receive deworming medication on a regular basis throughout their first year to keep their intestines clear. Your vet can prescribe the best preventative choice to keep your cat healthy and roundworm-free...

Well...i guest thats all for tonight~~~sleepy already. Good Night Allss... ( ^ _ ^ ) Babayyyyyyyyyyyyyyyy

Mwah

COMPOSURE LIQUID


click picture to enlarge ya ( ^ _ ^ )

Ehem..Ehem...hehehe...cak...korang dah click ke gamba kat atas tu? Dah habis bace ke? Utk yg paham...alhamdulillah...yg kurang paham...bak meh saya tolong huraikan sket ya.

COMPOSURE LIQUID 120 ml hape? Haaaa...inilah cecair yang diformulasikan khas utk menenengkan kucing dalam situasi-situasi yang agak tegang. Sebagai contoh, mase kite nak pindahkan si comel kita dari satu tempat ke satu tempat yang lain...kannn...ataupun waktu si comel terdedah kepada persekitaran yang asing buat dia...maklumla...kucing ni sensitive...manja sangat dengan "Papa or Mama" dia...tapi kalo ade org asing atau "ajnabee" kata Shah Rukh Khan...huhuhu...maka si comel kita akan berubah jadi garang or mula buat perangai kan..

Ape lagi...guna je COMPOSURE LIQUID 120ml ni...Insyaallah dia akan lebih tenang ya...huhuhuh. Jangan pulak korang yg minum time stress2 ya! huhuhuhuhu...Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, 8 April 2011

KUCING RETI BERENANG KER?

AMARAN * JANGAN SESEKALI CAMPAK KUCING ANDA DALAM KOLAM RENANG SEMATA-MATA NAK DAPATKAN JAWAPAN UNTUK SOALAN DI ATAS YA. EHEHEHEH…

Assalamualaikum…ape kaba la korng ye? Harap2 sihat le hendaknya…musim2 hujan ni badan jadik lesu jek…nak “eksesais” pun xde mood…rase nak tido je memanjang… Bile kol mak kat kampong mengadu, terus dia jawab “Tu la…mak ngan abah suh kawen kate x ready lagi…kalo ko dah kawen ade je aktiviti bermanfaat time hujan-hujan tu…” Adooooaiii…lawak mak saya ni kan kan kan…

Ok…kali ni kan..sy tertarik ngan fakta kucing berenang. Seperti yang kita sedia maklum…kucing ni “spesis" yang takut ngan air. Pantang Nampak je kite tadah air suam dalam besen, siapkan shampoo segala…dia dah menghilangkan diri menyorok bawah almari kannnn…tau je babah dia nak mandikan…sampai mcm tu sekali reaksi si comell kita bila tau nak dimandikan ye.

Tapi,penah tak korang dengar kucing baka TURKISH VAN? Haaaaaaa…baka Turkish Van ni berasal dari “Tasik Van,Turki” ya…[terbayang tasik yang dipenuhi rangka2 van curi~heheheh]. Kucing ni memang dikurniakan bakat semula jadik untuk berenang ya. Kalo masuk Olimpik pun boleh menang Gold Medal gitu! Ehehehehe. Baka Turkis Van ni berbulu halus,padat dan beropol dibahagian leher [bukan ropol mcm baju Bernard Chandran ya]..

Bulu Turkish Van ni akan jadik lebih tebal sewaktu musim sejuk . Faktor persekitaran yang dikelilingi tasik dan berbulu padat ni membuang jauh perasaan takut terhadap air dikalangan Turkish Van ya…So, kalo korang campak diowang dalam kolam ke ape…diowang akan pura-pura lemas..dan bile korang blah,dia akan berenang ketepian lalu blah smbil tersenyum puas! Ahahah…acah je…For sure la diowang akan berenang dengan slumber kan…

Tapi harus di ingat, bukan semua Turkish Van tak takut air, ade jugak antara mereka yang mewarisi ketakutan nenek moyang diowang tu…eheheheh…Kucing tetap Kucing ye. Mcm mana ghope Turkish van?? Haaaa…tgk le gamba kat bawah ni eh…daaaaaaaaaaaaaaaa


Nama saya Shakira..suka suka buat tarian pinggul dalam air...wakakaka


Hye bebeh...do i look good?

Wednesday, 6 April 2011

CATS BEHAVIOUR FACTS!!!

Cat Behavior Facts

MY LOVELY BUBU
  • In order to cover their trails from predators, cats bury their feces.
  • A cat who rolls over and exposes its stomach to you, feel very safe and secure around you. They are also letting you know that they enjoy your company.
  • Cats kead their paws when they are happy.
  • Your cat will pick on your mood and will change their mood based on yours.
  • If your cat likes to climb the Christmas tree, hang a lemon or orange scented air freshner on the bark. They don't care for those smells and will leave the tree alone.
  • Cats speak to humans who speak to them. They also get their security from your voice, so watch your tone.
  • Cats rub up against objects and people in an attempt to put their scent on them, i.e. "mark them"
  • Cats purr when they are feeling any strong emotions.
  • 30% of a cat's waking hours are spent on grooming.
  • Your cat prefers eating out of a clean bowl in the same quiet spot everyday.
  • Cat's bite out of pleasure as well, so when your done petting your cat, if he/she bites you, it may not be a negative response.

Tuesday, 5 April 2011

CATS HEALTH FACT

Cat Health Facts

  • There are such diseases as feline leukemia and feline AIDS.
  • Cats are not immune to cancer.
  • A cat's brain is actually more like a human brain rather than a dog's brain.
  • Cat's sleep between 16 and 18 hours a day, but not soundly. They will react immediatly too any stimulation.
  • Chocolate and Tylenol are both harmful to cats.
  • Cats are sensitive to lactose so milk is not good for them. In fact, it will give them diarrhea. Instead, give your cat cream. The butterfat is easier for them to handle and it's good for them. It also has less lactose.
  • You can extend your cat's life by having them neutered.
  • An indoor cat will live on average to be about 15 years old. An outdoor cat generally does not live past 5 years old.
  • A cat can pivot its ears 180 degrees.
  • Never leave your cat in a car alone. Temperatures, even with the windows cracked, are too much for your pet to handle.
  • A female cat can start mating at 5 months old. A male cat must wait until he is at least 7 months old.
  • Pregnancy in cat's usually last between 58 and 65 days, about 2 months.

Monday, 4 April 2011

CATS POW WOW!!!


Bersempena dengan pameran dan Fun Cat show ini, Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama dari Kitton Pet Services akan membuka booth untuk memberi peluang kepada semua pencinta kucing membawa kucing masing2 untuk divaksinkan.

Harga yang di tawarkan amatlah berpatutan.
Memandangkan permintaan yang tinggi kepada sesiapa yang bermina...t untuk menvaksin kucing2 kesayangan anda ini perlu mendaftar diri dengan jumlah kucing masing2.

Sebut Harga :
1. Vaccination (4 in 1) Harga Rm25 sekor kucing
(Harga Vet Klinik Lembah Klang antara Rm40 -RM55 )

2. Deworming (Broad spectrum- Grade A ) Harga Rm 5 - RM10 per cat
(less 5%)
Harga Vet Klinik Lembah Klang Rm15 & keatas

3. Ubat kutu, Hama & Kurap kering (Pour On) - Harga Rm 10 -15 per cat (less 5%)
Harga Vet Klinik Lembah Klang Rm 30 & keatas

Kitton Pet Services (Dr Zul) uga akan beri 2-3minit consultation secara percuma kepada pengungjung yg dtg membuat rawatan.
 Harga promosi untuk CATS POW WOW Event di The Mines Shopping sahaja...juga exclusive untuk ahli-ahli berdaftar KKM...jumpa di sanaaaaaaaaaaaa......yeaaahhaaaa :-P

VIRUS DAN VAKSIN...

Assalamualaikum (versi prof Izzy) boleh? hahahah...Ape kaba korang hari ni...ermmm...mcm biasa la...jenuh menunggu bahan bacaan dari vet yg maha bizi tu...jadi saya come up dengan entri saya sendiri la ya...kali ni saya nak sentuh topik Virus-Virus berbahaya yang boleh menjangkiti kucing dan perlu dicegah melalui program pem"vaksinan".

Sila rujuk info di bawah ya ;

  • Rhinotracheitis virus/feline herpes
    • Popular sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.
  • Calici virus
    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.
  • Panleukopenia virus
    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.
  • Chlamydia (Pneumonitis)
    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.
  • Feline Leukemia virus
    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).
  • Rabies virus
    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.
  • Feline Infectious Peritonitis virus
    • Juga dikenali sebagai FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.
  • Bordetella
    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).
  • Ringworm fungus
    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).
  • Feline Immunodeficiency virus
    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).
  • Giardia
    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.
So, kalo anda rasa sangat sayangkan si Somell anda...cepat-cepat bawa ke klinik dan start buat program vaksin ya. Rutin Vaksin mudah je...

Utk first timer, suntikan pertama diberikan dan disusuli oleh suntikan kedua dan ketiga yang mana tempoh selang selama sebulan sahaja. Selepas suntikan ketiga, si somell anda perlu diulang vaksin setahun sekali sahaja...tapi make sure jgn due ya...heheheh...kalo x ulang rutin dari awal le gamaknye....heheheheeh

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ( ^ _ ^ )

Friday, 1 April 2011

Kasih Utk Si Lumpuh...

Sekadar berkongsi duka disini ~ ~ ~

Sabtu Lalu, saya dan Dr.Zul menunggu ketibaan Dr.Goh di McD Equine Park dikejutkan dengan jeritan comel anak2 kucing dari kesayupan...setelah puas mencari, kelihatan 3 ekor si kerdil berwarna putih menjerit yang semestinya ketakutan mencari si ibu...wujud rasa simpati dan ihsan namun kami cuba abaikan...

Tiba-tiba...terlihat kelibat si kerdil ke-empat berwarna hitam bergolek-golek dari arah jalan raya...kami perhatikan mengapa si kerdil begitu...dengan perasaan cuak...kami bergegas turun dan cuba melihat dengan sangkaan si kerdil digigit semut...sebaik tiba...luluh hati kami melihat kedua kaki belakang kerdil lurus ke belakang tidak boleh bergerak...menurut Dr.Zul...tulang belakang si kerdil rosak teruk atas kemungkinan dilanggar atau terpijak dek orang yang lalu lalang dikawasan tersebut... [si kerdil bergerak dengan cara menggulingkan badan ke arah yang nak dituju :-( ]

Mata  meliar melihat dimanakah sang ibu...setengah jam menanti, kami putuskan mengambil kesemuanya utk mengelakkan perkara yg lebih buruk terjadi..Sampi dirumah, kami berikan susu menggunakan syringe (si kerdil dlm lingkungan usia sebulan) dan wet food. Si kerdil yg lumpuh turut makan dengan lahapnya...

Menurut Dr.Zul dan Dr. Ihsan...si kerdil yg lumpuh tidak akan hidup lama dan menasihatkan saya agar membuat "Euthanasia" (mercy killing) ...namun sy berazam menjaga sebaiknya. (Degil kan...). hari-hari rutin sebelum dan selepas kerja saya ialah memberi makanan dan menyuapkan susu utk mereka...sejuk hati bila melihat si kerdil yg lumpuh tu dibalut dengan tuala suam merengek minta disusukan...lalu senyap dan lelap bila kekenyangan...somell sgt...

Namun Allah lebih menyayangi si kerdil...tiga hari lepas dia dipanggil Ilahi tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sakit. Sedih hati bila perasaan syg yang dah mula wujud ditarik...namun redha kerana dia kini terjamin dijaga dengan lebih baik... :-( 

Saudara-saudara si kerdil pula sihat dan menunggu masa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang sudi menjaga.... :-). Rindu pulak rengekan budak-budak kecik tu bila taip entri nih...emmm

AaaaaaaaaaaaaaaaaaaChooooo !!! God Bless Me...!


Assalam Semua...Entri Serius kami kali ni dimulakan dengan masalah bersin si comel kite...heheh.
Si Comel @ Kucing tidak dapat menghembuskan hidungnya untuk membuang hingus seperti manusia. Malangnya disebabkan inilah apabila kucing bersin mereka akan mengeluarkan begitu banyak 'sampah sarap'. Bunyinya seperti menjijikkan dan ya, ia memang menjijikkan..hehe.(kalo dah sayang...jijik tolak tepi ok!) huhuhu

Bersin adalah tanda penyakit (tetapi tidak spesifik) yang berlaku apabila laluan nasal(rongga hidung) dirangsang oleh cairan atau ejen lain seperti debu. Tidak ada penyembuh mutlak untuk bersin kerana ia boleh berpunca dari banyak perkara. Antara penyebab bersin adalah :
  • Jangkitan viral
  • Jangkitan bakteria
  • Jangkitan fungus
  • Alahan
  • Bendasing
Antihistamin dan semburan nasal yang digunakan pada manusia kebiasaannya tidak sesuai pada kucing. Jika anda mempunyai kucing yang bersin, perkara terbaik adalah membawanya ke pemeriksaan klinik supaya puncanya dikenalpasti dan rawatan spesifik dapat diberikan. Walaupun memeriksa hingus kucing adalah tugas yang sangat tidak seronok…tetapi warna dan kekerapannya dapat memberi gambaran berkenaan penyakitnya.

Secara umumnya, jika hingusnya jernih dan berair maka tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Jika warnanya hijau, kuning atau berdarah maka pemeriksaan kesihatan diperlukan. Kucing boleh mendapat hidung berdarah dari udara kering atau kegatalan seperti manusia, tetapi hidung berdarah juga adalah salah satu tanda jangkitan serius sedang berlaku, begitu juga dengan ketumbuhan nasal.

Alahan
Walaupun kebanyakan kucing menunjukkan tanda alahan seperti kulit yang gatal-gatal, tapi ada juga yang bersin. Kucing boleh mendapat alahan terhadap hampir semua benda di dunia, termasuklah debunga, debu malah najisnya sendiri. Alahan biasanya menghasilkan hingus yang jernih apabila bersin. Alahan boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati.
Sangat susah untuk menentukan apakah ejen alahan yang menyebabkan kucing itu bersin. Walaupun hampir mustahil untuk menguji kucing terhadap kesemua kemungkinan ejen alahan, doktor anda boleh mengujinya dengan beberapa penyebab utama. Jika ejen yang spesifik diketahui, anda boleh cuba mengasingkan puncanya dari persekitaran kucing atau memberikan kucing anda suntikan alahan tersebut.

Kegatalan
Asap, bau dari produk pencuci/kebersihan atau mungkin juga rambut kita sendiri boleh menyebabkan gangguan pada laluan nasal dan menyebabkan kucing bersin. Untuk menguji samada benda tertentu menyebabkan gangguan, hanya asingkannya dari persekitaran dan bersin itu sepatutnya berhenti.
Asap rokok juga boleh menjadi gangguan hebat kepada kucing dan mereka juga terdedah kepada semua risiko penyakit dari hembusan asap rokok sepertimana manusia. Ini adalah termasuk bersin, bronkitis dan juga kanser paru-paru. Saya tidak mahu nasihatkan anda supaya jangan merokok di hadapan kucing, tetapi saya nasihatkan anda supaya berhenti terus dari merokok. {sorry smokers~lol}

Bendasing
Kucing sepertimana kanak-kanak, boleh terdedah kepada kemalangan, seperti hidung tersumbat oleh objek-objek tertentu. Antara benda yang sering tersumbat dalam hidung kucing adalah cebisan rumput. Jika anda mempunyai kucing yang bersin sehingga 7-8 kali berturut-turut, kemungkinan besar hidungnya tersumbat dengan bendasing.
Adalah menjadi tugas yang sukar bagi doktor untuk mencari bendasing di dalam hidung kucing kecuali ianya dibiuskan. Kebanyakan kucing sangat 'tidak bersetuju' dengan idea memasukkan skop di dalam hidung mereka atau mengangakan mulut sementara doktor memasukkan probe ke belakang mulutnya. [kalo rase nak try check sendiri...bersiap sedia la terima cakaran2 dari si comel anda ya!] 

Bagaimana Meredakan Kucing Yang Bersin
Kita boleh menambahkan keselesaan kucing dengan cara lapkan hidungnya dan sentiasa membersihkannya dari hingus yang meleleh. Jika kucing anda kelihatan lemas, anda boleh cuba letakkan beberapa baldi air panas dalam bilik air dan tempatkan kucing anda dalam bilik air itu (bukan dalam baldi air panas pula ye). Wap air atau stim itu boleh membantu melegakan ruang pernafasannya tapi janganlah sampai terbakar kulit. {ala-ala sauna gitu} huhuh

Semoga info ini berguna dan dapat membantu anda semua lebih memahami Si Comel anda...Daaaaaaaaaa... ( ^ _ ^ )