Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Friday, 8 April 2011

KUCING RETI BERENANG KER?

AMARAN * JANGAN SESEKALI CAMPAK KUCING ANDA DALAM KOLAM RENANG SEMATA-MATA NAK DAPATKAN JAWAPAN UNTUK SOALAN DI ATAS YA. EHEHEHEH…

Assalamualaikum…ape kaba la korng ye? Harap2 sihat le hendaknya…musim2 hujan ni badan jadik lesu jek…nak “eksesais” pun xde mood…rase nak tido je memanjang… Bile kol mak kat kampong mengadu, terus dia jawab “Tu la…mak ngan abah suh kawen kate x ready lagi…kalo ko dah kawen ade je aktiviti bermanfaat time hujan-hujan tu…” Adooooaiii…lawak mak saya ni kan kan kan…

Ok…kali ni kan..sy tertarik ngan fakta kucing berenang. Seperti yang kita sedia maklum…kucing ni “spesis" yang takut ngan air. Pantang Nampak je kite tadah air suam dalam besen, siapkan shampoo segala…dia dah menghilangkan diri menyorok bawah almari kannnn…tau je babah dia nak mandikan…sampai mcm tu sekali reaksi si comell kita bila tau nak dimandikan ye.

Tapi,penah tak korang dengar kucing baka TURKISH VAN? Haaaaaaa…baka Turkish Van ni berasal dari “Tasik Van,Turki” ya…[terbayang tasik yang dipenuhi rangka2 van curi~heheheh]. Kucing ni memang dikurniakan bakat semula jadik untuk berenang ya. Kalo masuk Olimpik pun boleh menang Gold Medal gitu! Ehehehehe. Baka Turkis Van ni berbulu halus,padat dan beropol dibahagian leher [bukan ropol mcm baju Bernard Chandran ya]..

Bulu Turkish Van ni akan jadik lebih tebal sewaktu musim sejuk . Faktor persekitaran yang dikelilingi tasik dan berbulu padat ni membuang jauh perasaan takut terhadap air dikalangan Turkish Van ya…So, kalo korang campak diowang dalam kolam ke ape…diowang akan pura-pura lemas..dan bile korang blah,dia akan berenang ketepian lalu blah smbil tersenyum puas! Ahahah…acah je…For sure la diowang akan berenang dengan slumber kan…

Tapi harus di ingat, bukan semua Turkish Van tak takut air, ade jugak antara mereka yang mewarisi ketakutan nenek moyang diowang tu…eheheheh…Kucing tetap Kucing ye. Mcm mana ghope Turkish van?? Haaaa…tgk le gamba kat bawah ni eh…daaaaaaaaaaaaaaaa


Nama saya Shakira..suka suka buat tarian pinggul dalam air...wakakaka


Hye bebeh...do i look good?

Wednesday, 6 April 2011

CATS BEHAVIOUR FACTS!!!

Cat Behavior Facts

MY LOVELY BUBU
  • In order to cover their trails from predators, cats bury their feces.
  • A cat who rolls over and exposes its stomach to you, feel very safe and secure around you. They are also letting you know that they enjoy your company.
  • Cats kead their paws when they are happy.
  • Your cat will pick on your mood and will change their mood based on yours.
  • If your cat likes to climb the Christmas tree, hang a lemon or orange scented air freshner on the bark. They don't care for those smells and will leave the tree alone.
  • Cats speak to humans who speak to them. They also get their security from your voice, so watch your tone.
  • Cats rub up against objects and people in an attempt to put their scent on them, i.e. "mark them"
  • Cats purr when they are feeling any strong emotions.
  • 30% of a cat's waking hours are spent on grooming.
  • Your cat prefers eating out of a clean bowl in the same quiet spot everyday.
  • Cat's bite out of pleasure as well, so when your done petting your cat, if he/she bites you, it may not be a negative response.

Tuesday, 5 April 2011

CATS HEALTH FACT

Cat Health Facts

  • There are such diseases as feline leukemia and feline AIDS.
  • Cats are not immune to cancer.
  • A cat's brain is actually more like a human brain rather than a dog's brain.
  • Cat's sleep between 16 and 18 hours a day, but not soundly. They will react immediatly too any stimulation.
  • Chocolate and Tylenol are both harmful to cats.
  • Cats are sensitive to lactose so milk is not good for them. In fact, it will give them diarrhea. Instead, give your cat cream. The butterfat is easier for them to handle and it's good for them. It also has less lactose.
  • You can extend your cat's life by having them neutered.
  • An indoor cat will live on average to be about 15 years old. An outdoor cat generally does not live past 5 years old.
  • A cat can pivot its ears 180 degrees.
  • Never leave your cat in a car alone. Temperatures, even with the windows cracked, are too much for your pet to handle.
  • A female cat can start mating at 5 months old. A male cat must wait until he is at least 7 months old.
  • Pregnancy in cat's usually last between 58 and 65 days, about 2 months.

Monday, 4 April 2011

CATS POW WOW!!!


Bersempena dengan pameran dan Fun Cat show ini, Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama dari Kitton Pet Services akan membuka booth untuk memberi peluang kepada semua pencinta kucing membawa kucing masing2 untuk divaksinkan.

Harga yang di tawarkan amatlah berpatutan.
Memandangkan permintaan yang tinggi kepada sesiapa yang bermina...t untuk menvaksin kucing2 kesayangan anda ini perlu mendaftar diri dengan jumlah kucing masing2.

Sebut Harga :
1. Vaccination (4 in 1) Harga Rm25 sekor kucing
(Harga Vet Klinik Lembah Klang antara Rm40 -RM55 )

2. Deworming (Broad spectrum- Grade A ) Harga Rm 5 - RM10 per cat
(less 5%)
Harga Vet Klinik Lembah Klang Rm15 & keatas

3. Ubat kutu, Hama & Kurap kering (Pour On) - Harga Rm 10 -15 per cat (less 5%)
Harga Vet Klinik Lembah Klang Rm 30 & keatas

Kitton Pet Services (Dr Zul) uga akan beri 2-3minit consultation secara percuma kepada pengungjung yg dtg membuat rawatan.
 Harga promosi untuk CATS POW WOW Event di The Mines Shopping sahaja...juga exclusive untuk ahli-ahli berdaftar KKM...jumpa di sanaaaaaaaaaaaa......yeaaahhaaaa :-P

VIRUS DAN VAKSIN...

Assalamualaikum (versi prof Izzy) boleh? hahahah...Ape kaba korang hari ni...ermmm...mcm biasa la...jenuh menunggu bahan bacaan dari vet yg maha bizi tu...jadi saya come up dengan entri saya sendiri la ya...kali ni saya nak sentuh topik Virus-Virus berbahaya yang boleh menjangkiti kucing dan perlu dicegah melalui program pem"vaksinan".

Sila rujuk info di bawah ya ;

  • Rhinotracheitis virus/feline herpes
    • Popular sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.
  • Calici virus
    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.
  • Panleukopenia virus
    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.
  • Chlamydia (Pneumonitis)
    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.
  • Feline Leukemia virus
    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).
  • Rabies virus
    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.
  • Feline Infectious Peritonitis virus
    • Juga dikenali sebagai FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.
  • Bordetella
    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).
  • Ringworm fungus
    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).
  • Feline Immunodeficiency virus
    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).
  • Giardia
    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.
So, kalo anda rasa sangat sayangkan si Somell anda...cepat-cepat bawa ke klinik dan start buat program vaksin ya. Rutin Vaksin mudah je...

Utk first timer, suntikan pertama diberikan dan disusuli oleh suntikan kedua dan ketiga yang mana tempoh selang selama sebulan sahaja. Selepas suntikan ketiga, si somell anda perlu diulang vaksin setahun sekali sahaja...tapi make sure jgn due ya...heheheh...kalo x ulang rutin dari awal le gamaknye....heheheheeh

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ( ^ _ ^ )

Friday, 1 April 2011

Kasih Utk Si Lumpuh...

Sekadar berkongsi duka disini ~ ~ ~

Sabtu Lalu, saya dan Dr.Zul menunggu ketibaan Dr.Goh di McD Equine Park dikejutkan dengan jeritan comel anak2 kucing dari kesayupan...setelah puas mencari, kelihatan 3 ekor si kerdil berwarna putih menjerit yang semestinya ketakutan mencari si ibu...wujud rasa simpati dan ihsan namun kami cuba abaikan...

Tiba-tiba...terlihat kelibat si kerdil ke-empat berwarna hitam bergolek-golek dari arah jalan raya...kami perhatikan mengapa si kerdil begitu...dengan perasaan cuak...kami bergegas turun dan cuba melihat dengan sangkaan si kerdil digigit semut...sebaik tiba...luluh hati kami melihat kedua kaki belakang kerdil lurus ke belakang tidak boleh bergerak...menurut Dr.Zul...tulang belakang si kerdil rosak teruk atas kemungkinan dilanggar atau terpijak dek orang yang lalu lalang dikawasan tersebut... [si kerdil bergerak dengan cara menggulingkan badan ke arah yang nak dituju :-( ]

Mata  meliar melihat dimanakah sang ibu...setengah jam menanti, kami putuskan mengambil kesemuanya utk mengelakkan perkara yg lebih buruk terjadi..Sampi dirumah, kami berikan susu menggunakan syringe (si kerdil dlm lingkungan usia sebulan) dan wet food. Si kerdil yg lumpuh turut makan dengan lahapnya...

Menurut Dr.Zul dan Dr. Ihsan...si kerdil yg lumpuh tidak akan hidup lama dan menasihatkan saya agar membuat "Euthanasia" (mercy killing) ...namun sy berazam menjaga sebaiknya. (Degil kan...). hari-hari rutin sebelum dan selepas kerja saya ialah memberi makanan dan menyuapkan susu utk mereka...sejuk hati bila melihat si kerdil yg lumpuh tu dibalut dengan tuala suam merengek minta disusukan...lalu senyap dan lelap bila kekenyangan...somell sgt...

Namun Allah lebih menyayangi si kerdil...tiga hari lepas dia dipanggil Ilahi tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sakit. Sedih hati bila perasaan syg yang dah mula wujud ditarik...namun redha kerana dia kini terjamin dijaga dengan lebih baik... :-( 

Saudara-saudara si kerdil pula sihat dan menunggu masa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang sudi menjaga.... :-). Rindu pulak rengekan budak-budak kecik tu bila taip entri nih...emmm

AaaaaaaaaaaaaaaaaaaChooooo !!! God Bless Me...!


Assalam Semua...Entri Serius kami kali ni dimulakan dengan masalah bersin si comel kite...heheh.
Si Comel @ Kucing tidak dapat menghembuskan hidungnya untuk membuang hingus seperti manusia. Malangnya disebabkan inilah apabila kucing bersin mereka akan mengeluarkan begitu banyak 'sampah sarap'. Bunyinya seperti menjijikkan dan ya, ia memang menjijikkan..hehe.(kalo dah sayang...jijik tolak tepi ok!) huhuhu

Bersin adalah tanda penyakit (tetapi tidak spesifik) yang berlaku apabila laluan nasal(rongga hidung) dirangsang oleh cairan atau ejen lain seperti debu. Tidak ada penyembuh mutlak untuk bersin kerana ia boleh berpunca dari banyak perkara. Antara penyebab bersin adalah :
  • Jangkitan viral
  • Jangkitan bakteria
  • Jangkitan fungus
  • Alahan
  • Bendasing
Antihistamin dan semburan nasal yang digunakan pada manusia kebiasaannya tidak sesuai pada kucing. Jika anda mempunyai kucing yang bersin, perkara terbaik adalah membawanya ke pemeriksaan klinik supaya puncanya dikenalpasti dan rawatan spesifik dapat diberikan. Walaupun memeriksa hingus kucing adalah tugas yang sangat tidak seronok…tetapi warna dan kekerapannya dapat memberi gambaran berkenaan penyakitnya.

Secara umumnya, jika hingusnya jernih dan berair maka tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Jika warnanya hijau, kuning atau berdarah maka pemeriksaan kesihatan diperlukan. Kucing boleh mendapat hidung berdarah dari udara kering atau kegatalan seperti manusia, tetapi hidung berdarah juga adalah salah satu tanda jangkitan serius sedang berlaku, begitu juga dengan ketumbuhan nasal.

Alahan
Walaupun kebanyakan kucing menunjukkan tanda alahan seperti kulit yang gatal-gatal, tapi ada juga yang bersin. Kucing boleh mendapat alahan terhadap hampir semua benda di dunia, termasuklah debunga, debu malah najisnya sendiri. Alahan biasanya menghasilkan hingus yang jernih apabila bersin. Alahan boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati.
Sangat susah untuk menentukan apakah ejen alahan yang menyebabkan kucing itu bersin. Walaupun hampir mustahil untuk menguji kucing terhadap kesemua kemungkinan ejen alahan, doktor anda boleh mengujinya dengan beberapa penyebab utama. Jika ejen yang spesifik diketahui, anda boleh cuba mengasingkan puncanya dari persekitaran kucing atau memberikan kucing anda suntikan alahan tersebut.

Kegatalan
Asap, bau dari produk pencuci/kebersihan atau mungkin juga rambut kita sendiri boleh menyebabkan gangguan pada laluan nasal dan menyebabkan kucing bersin. Untuk menguji samada benda tertentu menyebabkan gangguan, hanya asingkannya dari persekitaran dan bersin itu sepatutnya berhenti.
Asap rokok juga boleh menjadi gangguan hebat kepada kucing dan mereka juga terdedah kepada semua risiko penyakit dari hembusan asap rokok sepertimana manusia. Ini adalah termasuk bersin, bronkitis dan juga kanser paru-paru. Saya tidak mahu nasihatkan anda supaya jangan merokok di hadapan kucing, tetapi saya nasihatkan anda supaya berhenti terus dari merokok. {sorry smokers~lol}

Bendasing
Kucing sepertimana kanak-kanak, boleh terdedah kepada kemalangan, seperti hidung tersumbat oleh objek-objek tertentu. Antara benda yang sering tersumbat dalam hidung kucing adalah cebisan rumput. Jika anda mempunyai kucing yang bersin sehingga 7-8 kali berturut-turut, kemungkinan besar hidungnya tersumbat dengan bendasing.
Adalah menjadi tugas yang sukar bagi doktor untuk mencari bendasing di dalam hidung kucing kecuali ianya dibiuskan. Kebanyakan kucing sangat 'tidak bersetuju' dengan idea memasukkan skop di dalam hidung mereka atau mengangakan mulut sementara doktor memasukkan probe ke belakang mulutnya. [kalo rase nak try check sendiri...bersiap sedia la terima cakaran2 dari si comel anda ya!] 

Bagaimana Meredakan Kucing Yang Bersin
Kita boleh menambahkan keselesaan kucing dengan cara lapkan hidungnya dan sentiasa membersihkannya dari hingus yang meleleh. Jika kucing anda kelihatan lemas, anda boleh cuba letakkan beberapa baldi air panas dalam bilik air dan tempatkan kucing anda dalam bilik air itu (bukan dalam baldi air panas pula ye). Wap air atau stim itu boleh membantu melegakan ruang pernafasannya tapi janganlah sampai terbakar kulit. {ala-ala sauna gitu} huhuh

Semoga info ini berguna dan dapat membantu anda semua lebih memahami Si Comel anda...Daaaaaaaaaa... ( ^ _ ^ )