Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Tuesday, 17 May 2011

SEMBELIT ~ PUNCA, TANDA-TANDA dan RAWATANNYA.

Haaa…Assalamualaikum dan salam satu semesta buat semua. Semoga korang x ternanti-nanti update dari blog kami ya. Kebelakangan ni kami agak sibuk sikit. Heheheh.. Ok, kuliah kita kali ini mengenai SEMBELIT ~~~ Terannnnnn…huhuhu

PENGENALAN
Sembelit ni sebenarnya bukanlah penyakit…tetapi merupakan masalah biasa sahaja. Ia ditakrifkan sebagai fasa najis kecil, keras dan kering. Secara umumnya, tiada masa-masa atau jumlah tertentu untuk kucing buang air dalam sehari, tetapi sekali atau dua sehari adalah normal buat mereka. Sembelit ni boleh terjadi pada semua peringkat usia kucing…x kira la anak lagi ke mahupun dewasa
Sembelit yang kronik akan mengakibatkan “Megacolon” yang mana kolon akan menjadi kembang dan besar sekaligus mengakibatkan keupayaan untuk melakukan kontraksi lalu menyebabkan kepayahan utk buang air besar dan najis tersumbat sepenuhnya.
PUNCA?
1.      Dehidrasi : Air diserap dari kolon dan sekiranya kucing mengalami masalah dehidrasi, secara automatiknya badan mereka akan menyerap sebarang lembapan yang ada termasuklah lembapan dari najis.

2.      Keengganan buang air dek kerana masalah sifat si kucing. Ayoo…sama je mcm kita kan…kalo Nampak je litter box tu tak bercuci…mana maunya dia nak poo-poo kat situ kan…jijiks ye…huhuhuh

3.      Kolon yang terhalang. Ade banyak gak sebab terjadi masalah ni antaranya dilahirkan cacat, gumpalan bulu, ketumbuhan, keradangan dan terhadam objek asing.

4.      Pemakanan: Sumber makanan yang mengadungi jumlah fiber yang rendah boleh menyebabkan sembelit. Jika si comel termakan makanan yang mengandungi bulu  atau tulang juga boleh mengakibatkan masalah sembelit ni.

5.      Ubat-Ubatan : Antihistamin, Diuretik dan antibiotic merupakan sebahagian ubatan yang boleh mengakibatkan masalah sembelit ni. Hehehe.

6.      Proses Buang air yang menyakitkan. Si comel sanggup tahan berak semata-mata tak nak merasa kesakitan sewaktu buang air yang lazimnya berlaku pada peringkat awal sembelit.

7.      Kecederaan pada tulang pelvis sewaktu terlibat kemalangan yang menyebabkan pengecilan pelvik sekiranya berlaku kepatahan.
8.      Metabolik / Hormon: Kandunagn potassium yang rendah dalam badan, kegagalan buah pinggang, jangkitan pada kelenjar tiroid dan paratiroid.

9.      Idiopati.

TANDA-TANDA
Seperti yang semua sedia maklum, tanda paling jelas si comel mengalami masalah sembelit ni adalah - Meneran!!! Setelah beberapa ketiga comel meneran, hanya keluar sejumlah kecila najis yang berair atau najis yang keras mcm batu bata. Hendaklah tahu, proses buang air tersebut amatlah sakit ya.
Tanda-tanda ataupun symptom lain adalah seperti ;
1.      Meneran sambil mengeluarkan suara yang menunjukkan kesakitan yang amat! Dan proses ni ambil masa yang agak lama bagi si comel tersebut.
2.      Cuba buang air dimana-mana yang sempat. Maksudnya, Nampak si comel berada dalam keadaan mencangkung x kira masa dan lokasi!
3.      Muntah-muntah
4.      Kelesuan
5.      Depresi
6.      Bentuk badan seakan membongkok akibat ketidakselesaan.
7.      Hilang selera makan
8.      Pengurangan berat badan.

BAGAIMANA IA DIKENAL PASTI???
1.      Doktor akan memeriksa fizikal dan mendapatkan maklumat perubatan si comel dari anda.
2.      Doktor akan menekan perlahan (palpilation) bahagian abdomen si comel untuk merasa samada wujudnya ketulan didalm kolon.
3.      X-ray pada bahagian abdomen dan pelvis untuk melihat saiz ketulan, saiz kolon dan juga sebarang ketidaknormalan pada tulang belakang dan tulang pelvis.
4.      Jika ketulan dikenalpasti sebagai kanser, endoskopi dan biopsi akan dilakukan.
5.      Sampel darah dan air kencing akan diambil utk memeriksa kadar cecair dalam badan dan fungsi buah pinggang.
RAWATAN.
1.      Kenalpasti dan buangkan segala punca berlakunya sembelit jika ada.
2.      Untuk masalah sembelit biasa, doctor akan memberikan laxative.
3.      Rehidrasi menggunakan cecair IV dan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan pengulanga masalah.
4.      Cecair pelincir atau pencair najis akan digunakan untuk mengeluarkan najis.
5.      Kaedah Enema juga akan dipraktikkan sekiranya masalah sembelit agak kritikal dan kaedah ini tidak boleh dilakukan sendiri ya. Huhhu
6.      Pastikan tandas si comel sentiasa dalam keadaan bersih.

PENCEGAHAN.
Membuang segala punca-punca yang boleh mengakibatkan berlakunya sembelit seperti ;
1.      Jika si comel alah kepada bebola bulu (hairball), cuba dapatkan khidmat nasihat dari doktor anda tentang nutrisi khas mencegah hairball.
2.      Kerapkan memberus utk mengurangkan jumlah bulu yang tertelan.
3.      Melakukan pemeriksaan dan rawatan kerap untuk mencegah parasite.
4.      Jika puncanya dari pemakanan, cuba tambahkan sedikit makanan berserat seperti labu kedalam makanan sedia ada.
5.      Kawal jumlah pemberian makanan harian dan wujudkan jadual khas pemakanan si comel.
6.      Galakkan si comel minum banyak air.
Fuhhh…lega…habis juga akhirnya…so, ini kalu…kes kici juga…tapi kalo kasi simpan lama-lam…jadi busar juga…sikali rawat…ratus-ratus tarbang yaaa…harus di ingat…mencegah lebih baik dari merawat ya. Nampak je tanda-tanda pelik, cepat2 bawak pg jumpa Vet ok?

Owh No...sakitnye peyot ku


Kolon yang membengkak dan Mengumpul feces atau najis lalu menjadi "blockage".


Rawatan yang rumit dan mahal sekiranya sembelit kritikal

7 comments:

meowwmania said...

ok doc! ;)

Tanya Sama Vet said...

Ehehehe...thank ,eowwmania. :-)

Anonymous said...

sy ada amik kucing stray yg kena langgar. tulang pelvis dia mcm patah. sy nk bwk g vet, kewangan x mencukupi..1st day xcident masa bwk balik umah, dia ada poo...tp najis dia keras. Pagi hari kedua pon dia ada poo jgk n keras. hari ke tiga sampai hari ke lima. dia dah x poo..perut dia mcam keras. kalau sy bg mkn labu ngan ikan.. okay tak?

Unknown said...

saya mempunyai seekor anak kucing,usianye sebulan setengh,,sebelum nie okey je,,tp sekarang tdak kuat angkat badan,puncanye,semalam ade benda keras di duburnye,sya ke vet,rupanye ade taik keras,dokter pon buangkan,dokter kata kena bagi dia berak dgn cara lapkan duburnye sikit2,supaya dia berak,sebelum beri susu kambing ataupon selepas,sbb ibunye x nk menyusukan lagi,yang membimbangkan sy skarang nie,kenapa dia tak kuat angkat badan skarang nie,?apa yang patut sy buat skarang nie,,adakah dia akan sihat seperti sebelum nie?

Unknown said...

Hi, kucing sy bru kene flutd. Dh bawa ke vet, tp smenjak first day dia kene flutd dia tak buang air besar. Dh tnye doc dia bagi lactuiose utk bgi kucing membuang tp masalahnya dia tak jugak membuang. Selera makan okay, minum okay kencing pun ok. Tp dia mcm lesu je dan tak membuang. Knapa ye😰

Unknown said...

Anak kucing saya baru aje mati sebab tak berak. Mulanya dia berak cair. Gi vet dia bagi ubat mcm yogurt warna pink. Pastu dia tak berak dan mati pagi tadi. Sedih saya.

Anonymous said...

Last meow saya dua ekor popo pada hari Jumaat jam 6.30 petang. Hari ni Sabtu sampai jam 0900 mlm x popo just buang air kecil je. Normal ke x popo dalam tempoh 24jam?