Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Tuesday, 24 May 2011

KUCING ~ KEBUNTINGAN dan KELAHIRAN

Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua….ermm…dua-tiga hari lepas, Dr.zul, isteri beliau dan saya ke paasar borong untuk membeli barang-barang keperluan rumah…maklumlah…orang tu dah berkeluarga…yang say ni mengikut aje diowang tu…jadi pak turut…hehehe.

Sampai kat Pasar, ternampak la seekor ibu kucing warna calico duduk kat dalam kotak dihujung penjuru bangunan pasar, saya cuba jenguk… Ya Allah, ada anak kucing 4 ekor…gemuk-gemuk belaka…mata belum lagi terbuka. Sebak kejap tengok keadaan mereka…si ibu yang kurus lampai tu redha menyusukan anak-anak dia. Sesekali bangkit menjilat saying anak-anaknya.. dia perhatikan aje saya sedang melihat dia…sy cuba nak dekat tapi Ibu dengan pantas mendengus dan bangkit dalam posisi menyerang…betapa sayangnya dia pada anak-anak dia…sy x boelh nak buat ape-ape…berlalu pergi sambil mendoakan kesejahteraan buat mereka berlima…amin..

Oklah, tanak buang masa lagi…jom kita jenguk  isi kandungan kuliah kita kali ini ya. Selamat membaca ( ^ _ ^ )…

Berapa lamakah tempoh kucing Bunting?

Kann…soalan ni biasa ditanya oleh rakan-rakan dan pelanggan kami. Sebab masing-masing nak buat persiapan beli pampers la, beli botol la, makanan bayi lah…ekekeke. Pampers tu x termasuk ye…saje je wat lawak sengal.. huhuuh. Untuk makluman, tempoh bunting seekor kucing dalam kitar 63-65 hari sahaja… Beranak pada usia bunting 60-70 hari juga adalah normal untuk sesetengah baka kucing…lebih dari itu…sila dapatkan khidmat pakar untuk membantu ya.

Apekah tanda-tanda kucing sedang bunting ya?

Pun sama, soalan fofular ditanya…kucing ni tak sama ngan manusia ya. Adalah mustahil untuk uji kebuntingan kucing melalui ujian darah atau air kencing. Walaubagaimanapun, ada beberapa kaedah pemerhatian fizikal yang boleh digunakan seperti ;

  1. 1.   Pada usia bunting 3 minggu, putting susu kucing akan membesar dan berwarna merah jambu atau dikenali sebagai “pinking up” dalam bahasa penjajahnya.
  2. 2.   Pada usia 4 minggu, si comel dah dilihat bertambah berat badan dan perut mula “memboyot’ ya.
  3. 3.   Veterinar boleh merasa kewujudan fetus pada usia bunting 3-4 minggu dengan cara meraba perut si ibu.

Mcm mana veterinary nak sahkan yang si kucing tu betul2 bunting?

Seorang veterinary yang berpengalaman, sepatutnya mampu merasa dan mengagak berapa ekor anak yang dikandung dengan cara meraba abdomen si ibu. Namun, kaedah ini tidak disarankan untuk dilakukan sendiri di rumah kerana ia mampu menyebabkan keguguran ataupun kecacatan kekal pada bayi.

Veterinar juga boleh mengesahkan kandungan melalui kaedah x-ray dan ultrasound pada usia kandungan 26 hari. 

Kucing yang bunting pun kene ‘Morning sickness’ ke?

Sama seperti manusia, kucing juga akan melalui fasa ini dan biasanya mereka akan hilang selera makan pada usia 3 minggu kandungan. Kan…jgn ingat Kak Bedah sebelah umah tu je ade morning sickness ya…kucing pun ade! Heheheh

Ada apa2 keperluan khas ke untuk si ibu yg bunting ni?

Sudah semestinya ada…sumber makanan yang bagus dan bernutrisi adalah penting. Sekali sekala bawak la si comel anda ke chillies ke, TGI Fridays ke kan…hahahah. Xde lah, biasanya Veterinar akan mencadangkan si ibu diberi makanan anak kucing kerana kaya dengan Protein dan Kalsium yang mana sangat penting dalam membantu pembesaran dan pembentukan bayi dalam kandungan dan sokongan utk si ibu.

TETAPI, jangan pula terlebih bagi makan sebab komplikasi boleh berlaku akibat peningkatan berat badan sewaktu melahirkan. Sediakan juga jangkasuhu untuk memeriksa suhu badan si ibu terutamanya pada minggu akhir bunting.

Sentiasa perhatikan si ibu berada di sekitar dalam rumah untuk memastikan dia tidak melahirkan ank di merata-rata tempat yang kadang-kadang boleh mengancam nyawa si ibu dan anak-anak nya.

Perluke sediakan apa-apa barang khas untuk sambut kelahiran ya?
  1. Kotak Kelahiran atau tempat yg selesa untuk si ibu melahirkan. Kucing biasanya suka tempat yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak, jadi, sediakan satu kotak kosang yang dialas kertas di mana-mana tempat tersorok dalam rumah anda ya.
  2. Sarung tangan yang steril. Beli je dari farmasi berdekatan. Mana la tau kalau kita diperlukan untuk membantu menyambut kelahiran nanti…heheheh…jadik bidan terjun! Heuhuhu
  3. Pipet atau jarum suntikan untuk membantu buang mucus pada bhg mulut dan hidung anak kucing yang dilahirkan…biasanya Persian yg tak pandai jaga anak susah nak menjilat…nak tak nak, kita yang perlu bantu ya. Hehe
  4. Dental floss atau benang.
  5. Antiseptik untuk disapu pada tali pusat anak kucing.
  6.  Gunting
  7.  Tuala Bersih
  8.  Pastikan no telefeon vet anda mudah dicari untuk kes kecemasan.
  9. Susu gentian untuk si anak kucing. Hanya perlu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya si ibu tidak mahu menjaga anak yang baru dilahirkannya. Jarang berlaku tetapi kemungkinan tetap ada ya J


Persediaan menyambut kelahiran.
Kucing biasanya suka tempat yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak, jadi, sediakan satu kotak kosang yang dialas kertas atau kain di mana-mana tempat tersorok dalam rumah anda ya. Pastikan tempat tersebut tidak mudah di akses oleh kanak-kanak atau kucing lain dan kain tersebut bukan dari jenis yang mudah tersangkut pada kuku si anak. Takut-takut anak terbelit dan lemas pulak nanti kan.
Jelasnya, makanan ,air dan kotak najis perlu disediakan pada tempat yang sama.  Dan, alas kotak mestilah selalu ditukar untuk jauhkan sebarang jangkitan kuman ya.

Tapi, mana nak tau kucing saya dah nak beranak?

  1. Kelenjar susu si ibu dah mula membengkak pada minggu akhir kebuntinga.
  2. Dua hari sebelum melahirkan, si ibu mula menghasilkan susu dan ia dapat dilihat dengan cara menekan putting si ibu perlahan-lahan. Susu dengan mudah akan keluar.
  3. Si ibu mula mencari tempat untuk melahirkan.
  4. Suhu badan mulai turun.
  5. Selera makan mulai berkurangan 2-3 hari sebelum melahirkan.
  6. Perubahan sifat si ibu. Pada minggu akhir bunting, si ibu mula meminta perhatian yang lebih dan akan menjadi lebih manja terutamanya jika dia amat rapat atau dijaga oleh seorang tuan sahaja.


Tanda-tanda Bahaya

Sila dapatkan bantuan Veterinar sekiranya si ibu menunjukkan tanda-tanda sepeti ini;

  1. ·         Si ibu mula tidak makan dalam tempoh 24jam
  2. ·         Suhu badan tak stabil~turun naik dengan cepat.
  3. ·         Si ibu mula menjadi lesu dan kelihatan amat tertekan.
  4. ·         Ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari salur faraj si ibu.



Boleh tak saya bagi ubat masa dia bunting?

Sesetengah ubatan akan member kesan sampingan malah keguguran pada kucing. Amatlah penting untuk anda mendapatkan nasihat veterinar sebelum memberikan sebarang ubatan pada si ibu yang bunting.

Boleh bagi ubat cacing tak?

Tidak sama sekali. Program nyah cacing atau deworming mampu mengakibatkan keguguran ya.!!! AWAS.

Mcm mana pulak ngan ubat kutu? Mesti boleh kan?

Ada sesetengah produk pencegah kutu yang selamat digunakan untuk si ibu yang bunting ni…tapi sebagai langkah berjaga-jaga…sila dapatkan nasihat dari veterinar dulu sebelum melaksanakan sebarang program kesihatan pada si ibu yang bunting.

Ooo…ye ke? Ape lagi yang tak boleh dibuat ya?

  1. 1.    Jangan sesekali gunakan antiseptik manusia untuk si ibu atau anak yang baru dilahirkan seperti Dettol sebab ia boleh menjadi racun dan mengakibatkan kelecuran pada kulit kucing. Sila gunakan antiseptic yang dicadangkan oleh veterinary anda sahaja.
  2. 2.    Jangan terlalu kerap menjenguk atau memegang anak kucing yang baru dilahirkan. Biar si ibu selesa dan sedia dengan bayi-bayinya. Kucing amat mudah membunuh dan memakan anak sendiri sekiranya dia merasakan dirinya dan anak-anaknya dalam keadaan bahaya dan terancam oleh persekitaran dan kehadiran manusia atau kucing lain. AWAS tu!!!
  3. 3.    Peringatan~ Ibu kucing boleh bunting semula dalam tempoh 2 minggu selepas melahirkan akan tetapi, tempoh bunting normal selepas melahirkan adalah 8 hingga 10 minggu sekiranya dikuarantinkan. Hehehe
  4. 4.      Sekiranya anda tidak mahu si ibu melahirkan anak lagi, adalah dicadangkan ia dihantar untuk dikasikan selepas 7 minggu melahirkan anak. Si ibu masih boleh mejada anak-anaknya selepas tempoh tersebut.


Rela atau Dipaksa?

Membiakkan kucing adalah satu tanggungjawab yang besar ya dan hanya layak untuk dilaksanakan oleh pembiak yang berpengalaman sahaja. Jika si ibu memang dirancang untuk melahirkan anak, kami pasti owner/breeder sudah amat bersedia menyabut kehadiran si comel. Tapi, kalau si ibu tu sebenarnya dirogol tanpa pengetahuan…apekah yang akan berlaku?

  1. 1.    Kesukaran bersalin disebabkan si ibu dirigol oleh jantan yang lebih besar dari saiz sepatutnya. Tak pasal-pasal prosedur cesarean diperlukan. Kan ke kos tuh!
  2. 2.    Kematian ibu yang tidak dijangka.
  3. 3.    Kematian anak.
  4. 4.    Si ibu menolak kehadiran anak-anak yang dilahirkan~terpaksala korang jadi ibu susuan untuk anak-anaknya ya. Susu gentian yang sesuai adalaa “MILKODOG” produk keluar Vetoquinol. Cubalah….
  5. 5.    Tiada persediaan untuk anak-anak yang baru dilahirkan.
  6. 6.    Lari Budget!!!
  7. 7.    Jika si ibu dirogol oleh jantan yang tidak diketahui status kesihatan, ada kemingkinan mereka akan dijangkiti oleh FIV dan FeLV. Bahaya tuuuu…
  8. 8.    Kes buang anak~ haaa…ni yang kite tak mau ya…ade sesetengah manusia yang sanggup buang anak kucing semata-mata tak mampu nak jaga mereka. Sebagai khalifah, kita kene jaga kebajikan semua mahluk ya. Mereka juga berhak untuk meneruskan kehidupan. Seandainya tidak berkemampuan, bantu cari Tuan baru untuk mereka ya. Jgn main buang aje…x tentu nasib mereka nanti…kita pun akan dapat dosa dari perbuatan kita. Ingat ya kawan-kawan…


Semua itu adalah peringatan utk diri saya dan untuk semua yang diluar sana… ( ^ _ ^ )
 

5 comments:

meowwmania said...

info yg sgt sgt sgt bagus

tengkiu doc ;)

AS said...

bila baca ni teringat pgalaman sendri jd bidan kucing 3/4 kali.sanggup tak tido mlm sbb jd bidan terjun..seronok sgt & puas hati dpt tlg mereka...tp skang ni tak dpt nk merasa kot sbb Rio kan jantan..hehehe

Anonymous said...

Sy ada bela sekor kucing betina, cheo namanye..baru 6-7 bulan.then bru adopt Sekor lagi kucing tp kecik lagi bru 1 month and a half called cheng..memandangkan umur 1.5 bulan tu masih kecik, cheng masih mahukan susu ibu..dy menyangka bahawa cheo adalah ibunya..cheng seringkali menghisap puting cheo..cheo seakan akan merelakan sahaja..siap pretend macam ibu kepada cheng. dan cheng akan terus hisap sehingga dia tertidur .adakah itu normal? Adakah susu keluar dri puting cheo yg tidak pernah bunting sebelum ini? Ada apa2 kesan ke jika perkara ini berterusan? Hope you can help :)

Anonymous said...

By the way sy mama cheo n cheng :) lupa nk put nama
-sarah-

aididalfian said...

Apa yang perlu saya buat selepas anak kucing dilahirkan dan ditinggalkan ibunya?