MASALAH SALURAN KENCING (Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…dah lama saya x buat konsert dan saya rasa amat bertuah diberi kesempatan memperkenalkan lagu single terbaru saya. Khas utk peminat semua Siti Norbahiyah mempersembahkan ~~ MASALAH SALURAN KENCING [klepangggg-pinggan hinggap kat kepala] heheheh..
Sorri ye…saje amek feel jadik artis fofular..huhuh..ok lah, tajuk kuliah kita hari ni simple je Seperti tajuk lagu Siti Norbahiyah itu tadi, MASALAH SALURAN KENCING. Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…”
Haaa…anggap je si comel anda sebahagian dar family…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yg berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing 2 membuatkan kite senyum x cukup pipi ye. Mahal kan…
Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].
Pekejadahnya FLUTD niii?? Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan irtasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Penyakit ni dalam bahasa melayunya pulak dikenali sebagai BATU KARANG.
SIMPTOM;
1. Kepayahan membuang air kecil
2. Kerap buang air kecil
3. Air kencing bercampur darah
4. Kurang selera makan
5. Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
6. Dehidrasi dan muntah-muntah [tahap kronik]
Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbeda.
PUNCA.
1. Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.
2. Kurangnya minum air.
RAWATAN.
Kalau le kata kucing korang terkena penyakitni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkina berlaku semula itu ada.
PENCEGAHAN
Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya.[ Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya].. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.
Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. Betul tak? Sampai disini dari saya…jumpa di lain entry. Daaaaaaaa.. Pssstt…Siti Norbahiyah kirim salam. Heheheh
Contoh Kristal/Batu yg mungkin terhasil
Posisi normal kucing buang air kecil
Tanda2 dijangkiti FLUTD
Kucing akan kerap menjilat sekitar kemaluan utk merangsang air kencing keluar...
Rawatan FLUTD
0 comments:
Post a Comment