Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Thursday, 12 January 2012

Feline Infectious Peritonitis



Ape itu FIP?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ya…hari ni..Misi Rizal nak eksepelen sket ttg FIP ya. Setelah sesi intebiu bersama Dr Zul akak Bobohizan selesai…maka inilah hasilnya. Harap korang sume dpt faham dengan jelas ek. Kalo x jelas…sila amik Paper July! Muahahaha…

Feline infectious peritonitis (FIP) merupakan jangkitan virus pada kucing yg disebabkan oleh Coronavirus. Coronavirus ni  sebenarnya xde la bahaya sgt…yg mana Dr Zul kata Virus Rendah Diri. Hehehe..Kucing yg ade Coronavirus ni x menunjukkan sebarang symptom pun sewaktu awal jangkitannya..akan tetapi bila antibodi yang sepatutnya bertindak melindungi system pertahanan badan memberikan tindak balas,  Coronavirus ni akan bermutasi lantas bertukar menjadi FIP klinikal dan dikenali sebagai Feline infectious peritonitis (FIP).. Sel-sel darah putih kucing dijangkiti oleh virus ini dan secara tidak langsung menjadi agen penyebaran ke seluruh badan kucing. Tindak-balas ni akan mengakibatkan keradangan pada bahagian tisu-tisu yg dijangkiti seperti perut,buah pinggang ataupun otak. Kaedah jangkitan yang unik ini SERINGKALI MENGAKIBATKAN MAUT kepada penghidapnya.

Er..kucing saya ade kemungkinan dijangkiti tak?
Well.seperti yg dinyatakan..kucing yg ade Coronavirus ni ade peratusan untuk menghidap FIP. Walaubagaimanapun, kucing yang mempunyai system pertahanan dalam badan yg lemah lebih mudah diserang ya termasukla anak kucing, kucing yang dah dijangkiti FeLV(Feline Leukemia Virus) dan kucing yg dah dapat title datok(kucing tua)…heheh.
 FIP ni x la mudah sgt berjangkit ya anak-anak…sewaktu awal jangkitan, virus tersebut sgt sedikit dikeluarkan melalui proses perkumuhan. Akan tetapi,sewaktu jangkitan menjadi serius…virus ini dengan mudah didapati dalam najis dan air liur kucing yg dah dijangkiti. Sebarang sentuhan antara kucing sihat dan kucing yang dijangkiti amatlah tidak dibenarkan ya. Virus ni pun boleh stay dalam persekitaran rumah selama beberapa minggu ya. Kire rumah korang jadik hotel dioang la nanti..huhuhu. 
FIP ni sebenarnya jarang berlaku kalo korang hanya ade 5-6 ekor kucing yg dijaga dengan baik dan bersih. Tapi…ia dengan mudah didapati dan mudah menyerang kawasan yg terlalu byk kucing seperti Cattery,Pusat2 perlindungan dan sebagainya.

Misi Rizal,boleh tau x ape simptom2 jangkitan?
Ehehehe…boleh je anak-anak ku..heheh. Kucing yang terdedah kepada jangkitan Coronavirus ni biasanya tidak menunjukkan tanda2 yg ketara. Sesetengah mgkn menunjukkan jangkitan system pernafasan seperti bersin yang ekstreme, mata dan hidung berair. Sesetengahnya pula mgkn menunjukkan cirri-ciri diarrhoea ataupun masalah dalam perut ya.  Biasanya,Coronavirus ni akan bermutasi menjadi FIP dalam tempoh seminggu,sebulan ataupun setahun…haish~~
Tapi kan,kucing kan bijak menyembunyikan status kesihatan mereka tau. Ade yg sanggup berlakon sihat sampaila tetiba je dia mati…kucing yg mcm nip ayah nak detect ya kalo dia ade FIP…so, kalau kata kucing korang tetiba menunjukkan symptom masalh pernafasan yg kronik atau cirit-birit yg teruk,mula hilang selera makan,stress,bulu-bulu kasar dan demam..cepat2 la bawak dia pi buat FIP test ya.
FIP ni ade dua jenis tau.
  1. Tak Terkawal
  2. Terkawal
Symtom keduanya adalah sama seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, depresi, anemia dan demam yg berpanjangan…dab g antibiotic pun x berkesan. FIP ni kdg2 susah nak di diagnose ek sbb simptom2 yg ditunjukkan kadang2 same je dengan simptm2 penyakit lain..huhuhu. Susahnya jadik Vet kannn…~

Ok2…kalo gitu,boleh ke kami buat Test FIP ek Misi Rizal?
Burpp..(Alhamdulillah) kenyang makan Kacang pedas kak Najibah ni…ehehehe. Oh..menjawab soalan…FIP ni mcm yg sy dah huraikan…puncanya adalah dr Coronavirus yg bermutasi. So, agak susah nak detect kalo buat test ni…andai kata kucing korang ade coronavirus…dan korang pg buat test FIP…medium tu akan menunjukkan tanda2 positif jangkitan gak…kan ke payah tu…maksudnya...test boleh...tp x semestinya tepat ya. Kalo nak buat yg tepat...vet akan suggestkan Biopsy!! hehehe

Abes tu...kalo susah nak test..FIP ni boleh dirawat x wahai Misi Rizal???
Ish ish ish..(bentang tikar sedia utk bacaan Talkin) …ermmm…sebenarnya belum ade penawar utk jangkitan FIP ni…so mana-mana kucing yg dijangkiti confirm akan mati…Rawatan sementara boleh diaplikasikan seperti penjagaan pemakanan dan kebersihan,pemberian ubatan seperti corticosteroids, cytotoxic, dan antibiotic yang biasanya membentu menguragkan kadar keradangan dan demam..rawatan tambahan seperti terapi cecair (IV drip), mengeluarkan cecair yg terkumpul atau pemindahan darah…kalo nak tau…semua prosedur in adalah sgt menyakitkan… (sob sob).~~Ingat ya…rawatan ni hya utk melambatkan proses jangkitan aje…bukan menyembuhkan ya.
Ape pun…biasanya kucing y dijangkiti pasti akan mati…melainkan kalau ALLAH kata TIDAK..Vet bukan tuhan betul tak…kdg2 usaha yg Ikhlas pasti Allah akan berikah Ikhsan-Nya.

Betul ke ni Misi Rizal?? Habis tu ad eke perlindungan utk kucing saya?
Eh…betul la…buat pe la sy nak tipu kan..hheh. Utk perlindungan…ade la jugak beberapa cara.
  1. Vaksinasi ya…ingat tu..penting sgt vaksin-vaksin ni…jgn dipandang enteng ya.
  2. Bersihkan kotak najis sekerap yg mgkn.
  3. Jaga kebersihan bekas makanan dan minuma si comel anda.
  4. Kalau ade kucing yg disyaki mengidap virus ni…sila asingkan dia dr kucing2 lain dengan kadar segera ya.
  5. Pemakanan yg bagus dan pemberian viamin yg berpatutan…
Ha…itu la serba sikit cara pencegahan ya…jgn x praktik plak nanti ye anak-anak…jam pun da pkul 10.30pm…time for me to go to…DOWNTOWN…yeaaaaaa…pg urut kaki…ngehahaha. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…eh silap…Assalamualaikum smua (smbl betul2kan kupiah)…heheh.

0 comments: