PANJANG-PANJANGKAN LAH YER~` HEHEH
Wednesday, 18 September 2013
TRUTH OF LOVING A CAT. UNDERSTAND THEM AND AVOID THE UNWANTED~
Posted by Tanya Sama Vet at 14:44 1 comments
Sunday, 10 March 2013
FELINE PARASITE ~ WORM AND FLEAS CYCLE
UOLLL...MISI XDE TOPIK NAK HAPDETTT,...SO MISI SHARE PIC JE DULU YER...EKEKEK
NANTI MISI RAJIN-RAJINKAN JARI MENCAROOTT...EH...SILAP...MENCORETT BAHAN2 ILMIAH UTK KORANG EKKK...
ADIOS AMIGOS JONGOS! EKEKEKE
Posted by Tanya Sama Vet at 21:56 1 comments
Sunday, 6 May 2012
Jangkitan Mata ~~
Assalamualaikum semuaaaa...kembali kita
di rancangan fofular “Kucing Sihat Misi Pun Sihat” Muahahahah....dah lama Misi
tak membebal ya. So diatas permintaan seseorang yg TSV amat hormati, Misi
mewakili TSV bawakan topic on demand iaitu
‘Jangkitan Mata’....Kannnn...kalo sakit
mata ape susah, pg la klinik amek MC...dpt cuti seminggu...ngehahahah..ngok
ngek punya misi...bukan jangkitan mata tuan kucing ya....tapiii...jangkitan
mata dikalangan anak2 bulus ni...Haaa...jemput la baca yer...hehehehe
Sebenarnya, jangkitan mata pada kucing
ni sgt common ya...biasanya ia disebabkan oleh pelbagai pathogen. Apekebendanya
patogen ni? Hahahah...patogen tu nama medical utk kuman-kuman yg berbahaya kata
Dr Zul akak Dr Smurf ya...ekeke. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan
mata ni boleh dirawat oleh Doktor Veterinar dengan jayanya...heheheh.
Ade beberapa punca yg menyebabkan
jangkitan mata ni seperti serangan virus, jangkitan bacteria ataupun fungus.
Kalau nak dibandingkan, kes jangkitan mata kucing nix de la sefofular jangkitan
mata dikalangan anjing, tapi kes-kes mcm ni selalu jugak la dirujuk di klinik..
Jangkitan mata kucing ni ade karekter spesifik yang memudahkan utk doctor vet
kenalpasti dan merawatnya. Bahkan, sebelum berjumpa veterinary, empunya ank
bulus juga boleh buat rawatan awal di rumah utk mencegah jangkitan menjadi
lebih serius..
Punca
dan Simptom-simptom Jangkitan
Sepert yg Misi katakana tadi, jankitan
mata ni boleh disebabkan oleh serangan virus, jangkitan bacteria ataupun
fungus..
Serangan
Virus.
Biasanya Feline Herpesvirus-1 ni yg
menyebabkan jangkitan konjuntivitis dikalangan furkids ni. Mata si comel akan menjadi kemerah-merahan
dan membengkak di bahagian membrane yg menyelaputi mata. Herpesvirus ni sgt “common”
ya. Dianggarkan 90% furkids menjadi
perumah kepada virus ini. Haaa...baca betul-betul...90% yer...kau ade?
Ekekekek...virus ni boleh mengakibatkan pengulangan jangkitan mata sewaktu si
comel korang tgh stress atau tidak sihat.
Jangkitan seperti ini biasanya menunjukkan beberapa symptom seperti ;
1. Sepet
sebelah mata dan kemerah-merahan
2. Bengkak
pada bahagian kornea dan kelopak mata
3. Keluar
cecair atau lendir yg banyak pada bhg mata yg dijangkiti.
Jangkitan
Bakteria
Chlamydiosis merupakan sejenis bacteria
yang boleh juga dikatakan kerap menyebabkan jangkitan pada mata kucing. Agak
susah sebenarnya nak bezakan jangkitan mata yg disebabkan oleh serangan virus
atau jangkitan bacteria ni sebab symptom-simptom yg ditunjukkan hamper sama.
Jangkitan
Fungal
Jangkitan fungal pada bahagian mata
sebenarnya amat jarang berlaku ye anak-anak. Biasanya akan menyerang
kucing-kucing yang agak rendah system pertahanan badan. Agen fungal yang
terkenal mengakibatkan jangkitan mata pada kucing dikenali sebagai
cryptococcosis...bukan kryptonite ye...tu Kristal utk bunoh superman
tu...hehehe. Fungal jenis ni boleh didapati dengan mudah dari kawasan
persekitaran dan kucing jenis “outdoor” paling senang diserang. Antara symptom-simptom
yang boleh dilihat adalah ;
1. Separuh
buta
2. Bahagian
mata mengembang
3. Bhg
pupil mata tidak memberikan respon terhadap cahaya.
4. Kebengkakan
pada bahagaian retina mata
5. Perubahan
pada sifat si comel yg mendadak.
RAWATAN
MEMANDANGKAN BAHAGIAN MATA NI AGAK SENSITIF DAN BAHAYA, ADALAH LEBIH
BAIK SEKIRANYA KORANG BAWA ANAK-ANAK BULUS KORANG KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN
LANJUT. RAWATAN SENDIRI ADALAH TIDAK DIGALAKKAN YA. HUHUHU
Pencegahan
1. Sebagai
langkah-langkah pencegahan,adalah lebih baik korang dapatkan vaksinasi dan
booster yg lengkap untuk mencegah jangkitan mata kucing ni...memang la susah
nak elak...tapi dengan vaksinasi dan pemberian imunisasi yg secukupnya, korang
mampu mengubahnya...hehe.
2. Jauhkan
kucing korang dari sebarang jenis bahan kimia yg boleh membuatkan mata si comel
radang.
3. Kemaskan
bulu sekitar mata agak ia pendek dan tidak merosakkan bahagaian mata.
4. Untuk
mengelakkan jangkitan serius, segera bawa ke vet sekiranya korang perasan
sebarang perubahan pada bahagian mata si comely ya..
Rasanya itu je la yg boleh Misi
kongsikan...seperti yg Misi Gojes maklumkan tadi,bahagian mata ni agak sensitive,maka
RAWATAN SENDIRI AMATLAH TIDAK DIGALAKKAN YA. Makin lama korang biar, makin
teruk mata dia nanti...bila makin teruk...makin banyak la duit korang kuar utk
kos rawatan nya...bila banyak kos rawatan, banyak la jugak rungutan korang
nanti yer...eheheheh..so Misi Rizal yg gojes rasa cukupla dulu utk buat masa ni
ya...Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~
Jangkitan yg berpunca dari Herpesvirus
Jangkitan yg berpunca dari Bakteria.
Posted by Tanya Sama Vet at 15:03 1 comments
Thursday, 3 May 2012
(CLICK UTK BESARKAN GAMBAR)
PROMOSI BULAN MAY 2012
FELINE MICROCHIP + PET PASSPORT (DVS)
@
RM45/HEAD
OR
RM40/HEAD IF YOU BRING 5 FURKIDS IN ONE VISIT ( ^ . ^ )
Posted by Tanya Sama Vet at 00:37 0 comments
Thursday, 12 January 2012
Feline Infectious Peritonitis
Ape itu FIP?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ya…hari ni..Misi Rizal nak eksepelen sket ttg FIP ya. Setelah sesi intebiu bersama Dr Zul akak Bobohizan selesai…maka inilah hasilnya. Harap korang sume dpt faham dengan jelas ek. Kalo x jelas…sila amik Paper July! Muahahaha…
Feline infectious peritonitis (FIP) merupakan jangkitan virus pada kucing yg disebabkan oleh Coronavirus. Coronavirus ni sebenarnya xde la bahaya sgt…yg mana Dr Zul kata Virus Rendah Diri. Hehehe..Kucing yg ade Coronavirus ni x menunjukkan sebarang symptom pun sewaktu awal jangkitannya..akan tetapi bila antibodi yang sepatutnya bertindak melindungi system pertahanan badan memberikan tindak balas, Coronavirus ni akan bermutasi lantas bertukar menjadi FIP klinikal dan dikenali sebagai Feline infectious peritonitis (FIP).. Sel-sel darah putih kucing dijangkiti oleh virus ini dan secara tidak langsung menjadi agen penyebaran ke seluruh badan kucing. Tindak-balas ni akan mengakibatkan keradangan pada bahagian tisu-tisu yg dijangkiti seperti perut,buah pinggang ataupun otak. Kaedah jangkitan yang unik ini SERINGKALI MENGAKIBATKAN MAUT kepada penghidapnya.
Er..kucing saya ade kemungkinan dijangkiti tak?
Well.seperti yg dinyatakan..kucing yg ade Coronavirus ni ade peratusan untuk menghidap FIP. Walaubagaimanapun, kucing yang mempunyai system pertahanan dalam badan yg lemah lebih mudah diserang ya termasukla anak kucing, kucing yang dah dijangkiti FeLV(Feline Leukemia Virus) dan kucing yg dah dapat title datok(kucing tua)…heheh.
FIP ni x la mudah sgt berjangkit ya anak-anak…sewaktu awal jangkitan, virus tersebut sgt sedikit dikeluarkan melalui proses perkumuhan. Akan tetapi,sewaktu jangkitan menjadi serius…virus ini dengan mudah didapati dalam najis dan air liur kucing yg dah dijangkiti. Sebarang sentuhan antara kucing sihat dan kucing yang dijangkiti amatlah tidak dibenarkan ya. Virus ni pun boleh stay dalam persekitaran rumah selama beberapa minggu ya. Kire rumah korang jadik hotel dioang la nanti..huhuhu.
FIP ni sebenarnya jarang berlaku kalo korang hanya ade 5-6 ekor kucing yg dijaga dengan baik dan bersih. Tapi…ia dengan mudah didapati dan mudah menyerang kawasan yg terlalu byk kucing seperti Cattery,Pusat2 perlindungan dan sebagainya.
Misi Rizal,boleh tau x ape simptom2 jangkitan?
Ehehehe…boleh je anak-anak ku..heheh. Kucing yang terdedah kepada jangkitan Coronavirus ni biasanya tidak menunjukkan tanda2 yg ketara. Sesetengah mgkn menunjukkan jangkitan system pernafasan seperti bersin yang ekstreme, mata dan hidung berair. Sesetengahnya pula mgkn menunjukkan cirri-ciri diarrhoea ataupun masalah dalam perut ya. Biasanya,Coronavirus ni akan bermutasi menjadi FIP dalam tempoh seminggu,sebulan ataupun setahun…haish~~
Tapi kan,kucing kan bijak menyembunyikan status kesihatan mereka tau. Ade yg sanggup berlakon sihat sampaila tetiba je dia mati…kucing yg mcm nip ayah nak detect ya kalo dia ade FIP…so, kalau kata kucing korang tetiba menunjukkan symptom masalh pernafasan yg kronik atau cirit-birit yg teruk,mula hilang selera makan,stress,bulu-bulu kasar dan demam..cepat2 la bawak dia pi buat FIP test ya.
FIP ni ade dua jenis tau.
- Tak Terkawal
- Terkawal
Symtom keduanya adalah sama seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, depresi, anemia dan demam yg berpanjangan…dab g antibiotic pun x berkesan. FIP ni kdg2 susah nak di diagnose ek sbb simptom2 yg ditunjukkan kadang2 same je dengan simptm2 penyakit lain..huhuhu. Susahnya jadik Vet kannn…~
Ok2…kalo gitu,boleh ke kami buat Test FIP ek Misi Rizal?
Burpp..(Alhamdulillah) kenyang makan Kacang pedas kak Najibah ni…ehehehe. Oh..menjawab soalan…FIP ni mcm yg sy dah huraikan…puncanya adalah dr Coronavirus yg bermutasi. So, agak susah nak detect kalo buat test ni…andai kata kucing korang ade coronavirus…dan korang pg buat test FIP…medium tu akan menunjukkan tanda2 positif jangkitan gak…kan ke payah tu…maksudnya...test boleh...tp x semestinya tepat ya. Kalo nak buat yg tepat...vet akan suggestkan Biopsy!! hehehe
Abes tu...kalo susah nak test..FIP ni boleh dirawat x wahai Misi Rizal???
Ish ish ish..(bentang tikar sedia utk bacaan Talkin) …ermmm…sebenarnya belum ade penawar utk jangkitan FIP ni…so mana-mana kucing yg dijangkiti confirm akan mati…Rawatan sementara boleh diaplikasikan seperti penjagaan pemakanan dan kebersihan,pemberian ubatan seperti corticosteroids, cytotoxic, dan antibiotic yang biasanya membentu menguragkan kadar keradangan dan demam..rawatan tambahan seperti terapi cecair (IV drip), mengeluarkan cecair yg terkumpul atau pemindahan darah…kalo nak tau…semua prosedur in adalah sgt menyakitkan… (sob sob).~~Ingat ya…rawatan ni hya utk melambatkan proses jangkitan aje…bukan menyembuhkan ya.
Ape pun…biasanya kucing y dijangkiti pasti akan mati…melainkan kalau ALLAH kata TIDAK..Vet bukan tuhan betul tak…kdg2 usaha yg Ikhlas pasti Allah akan berikah Ikhsan-Nya.
Betul ke ni Misi Rizal?? Habis tu ad eke perlindungan utk kucing saya?
Eh…betul la…buat pe la sy nak tipu kan..hheh. Utk perlindungan…ade la jugak beberapa cara.
- Vaksinasi ya…ingat tu..penting sgt vaksin-vaksin ni…jgn dipandang enteng ya.
- Bersihkan kotak najis sekerap yg mgkn.
- Jaga kebersihan bekas makanan dan minuma si comel anda.
- Kalau ade kucing yg disyaki mengidap virus ni…sila asingkan dia dr kucing2 lain dengan kadar segera ya.
- Pemakanan yg bagus dan pemberian viamin yg berpatutan…
Ha…itu la serba sikit cara pencegahan ya…jgn x praktik plak nanti ye anak-anak…jam pun da pkul 10.30pm…time for me to go to…DOWNTOWN…yeaaaaaa…pg urut kaki…ngehahaha. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…eh silap…Assalamualaikum smua (smbl betul2kan kupiah)…heheh.
Posted by Tanya Sama Vet at 22:57 0 comments
Friday, 23 December 2011
MICROCHIP PROMO 2011
PROMO PRICE : RM48/EKOR Microchipping ni adelah slh satu cara utk owner DECLARE PETS AS HIS/HER.... Sbb chip ni ade serial no. skali....So, if kcg yg ada microchip hilang & dijumpai semula,owner baru xnk pulangkan, boleh minta/paksa/cabar owner baru utk pegi scan to make sure tu kucing sape... Kirenye bile satu2 kucing/anjing/any pet tu dah ade chip, secare otometiknye pet tu adelah HAKMILIK KEKAL OWNER ITU SHJ...Sebarang pertukaran owner mungkin boleh dibuat di JABATAN HAIWAN~ Seterusnye, kebagusan chip ni adelah utk kucing2 yg hendak di'trading'kan @ di bw travel keluar negara...Even nak bwk kucing ke SABAH SRWK pun kcg kne ade microchip... Psl passport plak, utk bwk keluar negare, kcg bkn saje perlu di'chip'kan malah perlu ade passport...bkn passport owner ye..passport utk pet~ kat passport tu akn dinyatakan detail anda & kucing..siap ade gambar ok~kelasssssssss~ NOW sy nak clarify psl GPS tracking ni....any chip yg diletakkan pd pet XBOLEH ADA GPS TRACKING....Sbb??? GPS TRACKING AKAN HASILKAN FREKUENSI YANG SANGAT TINGGI.... & FREKUENSI TU BOLEH MNYEBABKAN SERIOUS DAMAGE PD BRAIN PET DAN OWNER SEKALI.. Sbb utk tracking, kne berhubung dgn satelit.... korg bygkn la satelit tu nalaaaa punya jauh dr bumi ni.....da tentu2 kne gunekan frekuensi yg sgtttt tinggi...microchip pulak berjiran je ngn otak pet tu....sia2 je psg chip.... sbb tu chip dgn GPS ni hanya dipsg pd WILDLIFE SAHAJA....bkn sbb JBTN HAIWAN negara tu xcare psl haiwan2 liar ni....Tp tujuannye utk CONTROL POPULATION... So, hrp kwn2 semua fhm cerpen saintifik yg sy karang ni..... -------------------------- Proses memasang mikrochip akn dilakukan oleh Dr. Zulkifli Nizam (DVM, UPM).Mikrochip bertujuan utk memudahkan pengesanan kucing2 anda kalo hilang...Kami jgk akn proses PASSPORT utk ank2 bulu anda..So, anda xperlu ssh2 nak berurusan dgn byk pihak...Dgn adanye program ni, dpt mngurangkan kos & usaha anda..Just sign up utk program ni & kami akn BUAT SEMUANYA utk anda...PASSPORT adlh SAH..Jgn risau...Kalau dah siap, kami akn call anda utk collect PASSPORT.. :) Sebarang ptnyaan, boleh inbox je kat sy~ TQ~ -------------------------- Apa kebaikan buat chipping ni ngn kami?? 1. Passport yg kami keluarkan adlh passport yg digunakan oleh JABATAN VETERINAR...Mcm tmpt lain, dorg keluarkan passport sdri...so, kalo bwk kua pun, xvalid~ 2. Gmbr dlm passport adlh gmbr yg diprint ats glossy paper, so nmpk lebih professional berbanding tmpt lain yg print ats kertas je~Tmbhn pulak, gmbr pet diambil dr 4 sudut, so pengecaman kucing lebih mudah & detail~ 3. Passport keluaran kami ada cop dr jbtn...Tmpt lain xdpt...So, korg kne la dptkn sdri cop dr jbtn....kan da byk keje tu~ 4. Program kami adlh kerjasama dgn JABATAN VETERINAR, jadi pd yg ragu2, xperlu la risau~ -------------------------- utk tempahan, kami prefer korg sms je nama & bil kucing~ 0176598036 NURSE RIZAL 0126596470 DR ZUL 0173443145 NURSE PYE |
Posted by Tanya Sama Vet at 12:09 1 comments
Saturday, 13 August 2011
PROMOSI RAMADHAN DAN AIDILFITRI
Sila Click Gambar utk Besarkan ya...
Lama bebenor kami x hapedet blog ya...Insayllah nanti kami akan masukkan Entri baru ye...maapkan kami semua...hehehe
Posted by Tanya Sama Vet at 22:04 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)