Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Sunday 6 May 2012


Jangkitan Mata ~~

Assalamualaikum semuaaaa...kembali kita di rancangan fofular “Kucing Sihat Misi Pun Sihat” Muahahahah....dah lama Misi tak membebal ya. So diatas permintaan seseorang yg TSV amat hormati, Misi mewakili TSV bawakan topic on demand iaitu
‘Jangkitan Mata’....Kannnn...kalo sakit mata ape susah, pg la klinik amek MC...dpt cuti seminggu...ngehahahah..ngok ngek punya misi...bukan jangkitan mata tuan kucing ya....tapiii...jangkitan mata dikalangan anak2 bulus ni...Haaa...jemput la baca yer...hehehehe

Sebenarnya, jangkitan mata pada kucing ni sgt common ya...biasanya ia disebabkan oleh pelbagai pathogen. Apekebendanya patogen ni? Hahahah...patogen tu nama medical utk kuman-kuman yg berbahaya kata Dr Zul akak Dr Smurf ya...ekeke. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan mata ni boleh dirawat oleh Doktor Veterinar dengan jayanya...heheheh.

Ade beberapa punca yg menyebabkan jangkitan mata ni seperti serangan virus, jangkitan bacteria ataupun fungus. Kalau nak dibandingkan, kes jangkitan mata kucing nix de la sefofular jangkitan mata dikalangan anjing, tapi kes-kes mcm ni selalu jugak la dirujuk di klinik.. Jangkitan mata kucing ni ade karekter spesifik yang memudahkan utk doctor vet kenalpasti dan merawatnya. Bahkan, sebelum berjumpa veterinary, empunya ank bulus juga boleh buat rawatan awal di rumah utk mencegah jangkitan menjadi lebih serius..

Punca dan Simptom-simptom Jangkitan

Sepert yg Misi katakana tadi, jankitan mata ni boleh disebabkan oleh serangan virus, jangkitan bacteria ataupun fungus..

Serangan Virus.
Biasanya Feline Herpesvirus-1 ni yg menyebabkan jangkitan konjuntivitis dikalangan furkids ni.  Mata si comel akan menjadi kemerah-merahan dan membengkak di bahagian membrane yg menyelaputi mata. Herpesvirus ni sgt “common” ya.  Dianggarkan 90% furkids menjadi perumah kepada virus ini. Haaa...baca betul-betul...90% yer...kau ade? Ekekekek...virus ni boleh mengakibatkan pengulangan jangkitan mata sewaktu si comel korang tgh stress atau tidak sihat.  Jangkitan seperti ini biasanya menunjukkan beberapa symptom seperti ;
1.      Sepet sebelah mata dan kemerah-merahan
2.      Bengkak pada bahagian  kornea dan kelopak mata
3.     Keluar cecair atau lendir yg banyak pada bhg mata yg dijangkiti.

Jangkitan Bakteria
Chlamydiosis merupakan sejenis bacteria yang boleh juga dikatakan kerap menyebabkan jangkitan pada mata kucing. Agak susah sebenarnya nak bezakan jangkitan mata yg disebabkan oleh serangan virus atau jangkitan bacteria ni sebab symptom-simptom yg ditunjukkan hamper sama.

Jangkitan Fungal
Jangkitan fungal pada bahagian mata sebenarnya amat jarang berlaku ye anak-anak. Biasanya akan menyerang kucing-kucing yang agak rendah system pertahanan badan. Agen fungal yang terkenal mengakibatkan jangkitan mata pada kucing dikenali sebagai cryptococcosis...bukan kryptonite ye...tu Kristal utk bunoh superman tu...hehehe. Fungal jenis ni boleh didapati dengan mudah dari kawasan persekitaran dan kucing jenis “outdoor” paling senang diserang. Antara symptom-simptom yang boleh dilihat adalah ;
1.      Separuh buta
2.      Bahagian mata mengembang
3.      Bhg pupil mata tidak memberikan respon terhadap cahaya.
4.      Kebengkakan pada bahagaian retina mata
5.      Perubahan pada sifat si comel yg mendadak.


RAWATAN
MEMANDANGKAN BAHAGIAN MATA NI AGAK SENSITIF DAN BAHAYA, ADALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA KORANG BAWA ANAK-ANAK BULUS KORANG KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT. RAWATAN SENDIRI ADALAH TIDAK DIGALAKKAN YA. HUHUHU

Pencegahan

1.      Sebagai langkah-langkah pencegahan,adalah lebih baik korang dapatkan vaksinasi dan booster yg lengkap untuk mencegah jangkitan mata kucing ni...memang la susah nak elak...tapi dengan vaksinasi dan pemberian imunisasi yg secukupnya, korang mampu mengubahnya...hehe.
2.      Jauhkan kucing korang dari sebarang jenis bahan kimia yg boleh membuatkan mata si comel radang.
3.      Kemaskan bulu sekitar mata agak ia pendek dan tidak merosakkan bahagaian mata.
4.      Untuk mengelakkan jangkitan serius, segera bawa ke vet sekiranya korang perasan sebarang perubahan pada bahagian mata si comely ya..

Rasanya itu je la yg boleh Misi kongsikan...seperti yg Misi Gojes maklumkan tadi,bahagian mata ni agak sensitive,maka RAWATAN SENDIRI AMATLAH TIDAK DIGALAKKAN YA. Makin lama korang biar, makin teruk mata dia nanti...bila makin teruk...makin banyak la duit korang kuar utk kos rawatan nya...bila banyak kos rawatan, banyak la jugak rungutan korang nanti yer...eheheheh..so Misi Rizal yg gojes rasa cukupla dulu utk buat masa ni ya...Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~


Jangkitan yg berpunca dari Herpesvirus


Jangkitan yg berpunca dari Bakteria.





Thursday 3 May 2012

PROMOSI SAH SEHINGGA 31/5/2012
(CLICK UTK BESARKAN GAMBAR)

PROMOSI BULAN MAY 2012
FELINE MICROCHIP + PET PASSPORT (DVS)
RM45/HEAD
OR
RM40/HEAD IF YOU BRING 5 FURKIDS IN ONE VISIT  ( ^ . ^ )