Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Tuesday, 21 June 2011

Haemobartonellosis

Assalamualaikum semua…ape kaba ye? Lama saya tak hapdet…sunyi sepi sudah blog ni kan…huhuhuhu. Maap le...kami agak sibuk kebelakangan ni…heheheh. Sebagai ubat…sy masukkan entri baru mengenai (…sila lihat bawah…huhuhuhuh)

Haemobartonellosis?
Apa itu Haemobartonellosis ya…mcm sedap je nama dia kan…kalah nama-nama artis Malaya ni…eheheh. Kalau nak tau haemobartonellosis ni juga dikenali sebagai “feline infectious anemia” atau “feline hemotropic mycoplasmosis”…tapi tu dalam bahasa penjajah la…dalam bahasa ibunda kita, ia dikenali sebagai Jangkitan Anemia Kucing. Ia merupakan jangkitan yang dibawa oleh Kutu ataupun Hama. Haemobartonellosis mensasarkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen kedalam anggota badan.

Ape Punca haemobartonellosis?     
Haemobartonellosis ni disebabkan oleh Mycoplasma haemofelis,( dulunya dikenali sebagai Haemobartonella felis). Kadangkala…penyakit ini boleh juga disebarkan oleh organisma lain seperti M. haemominutum, tetapi organisma ini kurang memberikan berbahaya kepada kucing ya. . Kedua-duanya bukanlah bakteria tipikal akan tetapi dikategorikan sebagai mikroorganisma yang dikenalpasti sebagai MIKROPLASMA yang merupakan kuman paling kecil. Eawww.. Kedua-dua M. haemofelis dan M. haemominutum diklasifikasikan sebagai "hemotropic mycroplasmas" atau "hemoplasmas" kerana mereka adalah hemo(darah)-tropic (berkaitan) ~ makhluk pencekik darah le senang kata…huhuhuhuh.

Bagaimana M. haemofelis dan M. haemominutum disebarkan?
Kutu dan Hama yang dijangkiti memindahkan miroplasma teresbut dengan cara memindahkan mereka sewaktu menyedut darah kucing. Mudah kan??? Oleh kerana mikroplasma tersebut hidup didalam sel darah, ia dengan mudah boleh berjangkit melalui perpindahan darah antara satu kucing ke kucing yang lain. Sebagai contoh, dari ibu kepada anak yang bakal dilahairkan, dari penjantan yg  bergaduh dan menggigit penjantan lain dan sebagainya

Apakah tanda-tanda haemobartonellosis pada kucing?
Sekiranya kuman tersebut menjagkiti kucing anda, ia boleh merebak tanpa disedari, tanpa tanda-tanda nyata atau menunjukkan sedikit tanda-tanda anemia (kekurangan darah) atau memberikan kesan jangkitan yang teruk seperti depresi, kehilangan selera makan dan dehidrasi. Untuk jangkitan yang lebih teruk, tnda-tanda seperti kurang berat badan, bhg dalam mulut (mucous membranes) menjadi pucat, tidak aktif, degupan jantung dan kadar pernafasan yang pantas, demam kuning dan seterusnya KEMATIAN.

Selain itu, kucing-kucing yang telah dijangkiti “Feline Leukimia Virus (FeLV) akan menunjukkan kesan jangkitan yang lebih teruk. Tanpa rawatan yang betul, kucing yang dijangkiti akan mati dengan kesan jangkitan seperti yag dinyatakan seperti di atas tadi. Walaubagaimanapun, sesetengah kucing mungkin akan sembuh dari penyakit ni tapiiiiiiiii…tidak sepenuhnya. Kucing tersebut akan menjadi pembawa organisma tersebut. Ini bererti, kucing yang telah pulih akan kelihatan sihat akan tetapi, mereka masih memiliki sedikit mikroplasma yang tertinggal dalam badan mereka. Sekiranya kucing-kucing yang dah sembuh tu berada dalam keadaan tertekan, mikroorganisma yang tertinggal tu boleh berkembang biak dan berganda semua sekaligus menyebabkan pengulangan penyakit.

Mcm mana nak diagnose haemobartonellosis?
Ermm…kadang-kadang, kuman ni boleh dilihat dalam palitan darah (sampel darah) err…tgk bawah mikroskop ye. Kalo tgk guna mata kasar…smpi buta pun takkan Nampak ye…heheheh. Sebagai contoh, ambil sikit darah dr bahagian hujung telinga kucing dan titikkan atas mikroskop, letakkan solution dan letak bawah mikroskop. Tapi kan.. jumlah organisma yang terdapat dlam kucing ni boleh turun naik dengan kadar yang mengejutkan.
Heheheh…yang kat atas tu cara pertama kan…tapi cara kedua ni lebih mudah. Bila tanda-tanda di atas ada ditunjukkan oleh kucing anda, bawa dia pergi vet dan cakap nak buat ujian darah untuk haemobartonellosis. Test kit yang dikenali sebagai polyermase chain reaction (PCR) dah pun dicipta untuk kenalpasti kewujudan mikroorganisma ni dalam darah kucing…senang kannnnn…

Rawatan haemobartonellosis?
Antibiotik seperti tetracycline, oxytetracycline, atau doxycycline diberikan selama tiga minggu untuk kucing yang sah dijangkiti. Walaupun ia mungkin kelihatan bercanggah, tapi kucing yang dijangkiti mungkin juga diberi dos besar untuk menyekat kemusnahan sel darah merah dalam badan. Kaedah rawatan yang pelbagai adalah perlu dalam sesetangah haiwan dalam usaha mencegah mikroorganisma ni merebak lebih banyak.

Pencegahan ?
Mudah je…disebabkan penyakit ni disebarkan oleh kutu atau hama…rajin-rajin la buat program pencegahan kutu atau hama ni sekurang-kurangnya 2 bulan sekali…indoor la…kalo kucing outdoor…namak je tanda-tanda kene kutu atau hama…cepat-cepat buat rawatan awal yaaaa… (kalo lepaskan kucing dalam umah pun boleh bantu dari jangkitan kutu dan hama ya).  Untuk pencegahan kutu dan hama, guna produk yang mengandungi pyrethrin, etofenprox, atau kandungan yang hampir sama seperti mana-mana produk spot-on. Harus di ingat, Frontline spray mampu membunuh kutu dan hama tapi x boleh mencegah dari serangan seterusnya.  Kenapa? Nanti sy masukkan dalam entri seterusnya yaaa….heheheheh

Boleh ke haemobartonellosis berjangkit pada manusia?
Tiada kes seumpana ini dilaporkan. Hoorayyy…maknenya tak boleh berjangkit kat manusia la yeee……heheheheheheh.


Ni la Mikroorganisma yang bertanggungjawab tuh...pukul dia! Haipp..Haipp