Blogger Templates

CONTACT DETAILS

E-mail : drzul83@gmail.com

KLINIK HAIWAN TAMAN EQUINE (HQ)

013-3344498 / 019-6585257


KLINIK HAIWAN & SURGERI I CITY S.ALAM (BRANCH)

03-58871721 / 013-3344855

FB : Tanya Sama Vet



































































































































































































































Cat's Breed

Cat's Breed

Wednesday, 30 March 2011

AMAZING CAT FACT'S

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...APE LA KAGA GAMAKNYE? HARAP-HARAP SIHAT LA YE... SEMENTARA MENUNGGU ENCIK DOKTOR BERI SAYA INFO YG DIA NAK SHAREKAN SBG ENTRI...SY DAH SIAPKAN ENTRY SAYA DULU...SO APE LAGI...AMIK TURN POST DULU LA KAN...HAHAHAH...SO..

NAH KORANG...


AMAZING KER? RASANYA KORANG DAH TAU SEMUA FACTS NI...SEKADAR BERKONGSI UNTUK ADIK-ADIK GENERASI MUDA SBG SUMBER ILMU JEK. MEMUPUK MINAT DR KECIL ORG KATA KAN...HEHEHEH... INSYAALLAH NANTI SY AKAN MASUKKAN MAKLUMAT YANG LEBIH UNTUK DIKONGSI YA...MMMMUUUAAAHHHH~~~

Friday, 25 March 2011

MENJAGA SI COMEL YG DITINGGALKAN IBU

Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.

Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.

Bagi Makanan Pada Si Comel

Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.

Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing


Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.

Si Comel Perlu Selamat & Selesa


Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.
Sumber Catatan : Fabulouse Pets Haus ( ^ _ ^ )  http://fabulousepetshaus.blogspot.com

Wednesday, 16 March 2011

Memilih Kucing???

Mengambil (Kutip) atau Membeli kucing memang la saat paling menggembirakan...terutamanya kalo kite memang betul2 suka kat kucing tu kan...tapi, pernah ke korang fikir tentang beberapa aspek seperti...
1. Gembirakah kucing2 itu bersama korang nanti? 
2. Kucing jenis ape yang korang nak bela nanti?
3. Rumah korang sesuai bela kucing ke tidak? 
4. Ade ke Bajet nak menyara kehidupan kucing-kucing tu nanti?
5. Keluarga korang setuju ke tidak dan macam macam lagilah...pernah ke? Ehehehe...

X kisahla kan...ape pun, bela kucing ni melibatkan keputusan yang agak emosional sebenarnya... xpe2...kat bawah ni saya sediakan sikit panduan dalam membuat pemilihan kucing yang sepatutnya diambil kira bagi mengelakkan perkara2 diatas tu berlaku kan...antaranya.

1. Jenis Bulu (Panjang ke Pendek ke....atau xde bulu langsung) Hahah
2. Jenis Indoor ke Outdoor?
3. Bilangan yang nak dijaga..
4. Nak beli ke kutip je stray cats???
Jenis Bulu
Memilih kucing bulu panjang ke pendek ni bergantung kepada 'ghope' kucing tersebut dan juga faktor kesihatan yang perlu diambil kira tau! Walaupun kucing parsi atau jenis yang berbulu panjang dan lebat tu cantik, mereka perlukan "Grooming" yang betul...kalo tidak, bulu2 yang ado akan bertaburan dan berterbangan la dalam umah korang kan...kalo ade asthma...silap2 sebulan dua tiga kali la korang menetap kat sepital ye...huhhu. Utk kucing yang berbulu sederhana dan pendek, "Grooming" utk diowang tu ala kadar je. Even diowang leh groom diri diowang sendiri kan...Ingat ye Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...cewah...

Indoors vs Outdoors
Kalo korang jenis yang suke kurung kucing dalam umah tu(macam aku jek) adakah korang akan kuarkan mereka sekali sekala? omputih kata...once in a bloom moon kan..hahaha... Korang kene ingat, kucing ade yang jenisnya suke memerap dalam ghumah aje...makan tido makan tido pastu.. creet! hahah...ade jugak yang jenis "pemberontak" (Mcm anak saya yang bernama momok)...kite dok lepas dia dalam umah jek...tapi dia seboleh-boleh nak cari jalan kuar gak...sekali dapat kuar umah...alamatnya bermain kejar-kejar la ye...(susah dapat jiran x suke kucing ni) huhhu..ade gak yang suke dok dalam dan jugak suke dok luar...so, pandai-pandai la korang pilih jenis yang mana korang nak bela ya. Huhuh

Berapa ekor yang korang nak bela???
Kalo korang bercadang nak bela anak kucing, seeloknya amik lah dua...at least berteman lah kucing tu nanti...idak le dok termenung je...muram je sepanjang hari..tapi, dalam masa yang sama...kos makanan dan perubatan utk kucing akan meningkat...so, make sure korang pertimbangkan sebaiknya bab yang ni ya...

Beli ke Kutip???
Kalo korang memang peminat tegar kucing, for sure aku x heran korang sanggup berhabis ribu-riban utk dapatkan baka "Pedigree" kannnn...Harga kucing ni bergantung pada jenis-jenisnya...lagi exotic atau "rare" bakanya....lagi sikitla duit simpanan korang kat bank nanti! hahahah.... Tapi, kalo korang rasa nak kan seekor teman utk bergurau senda...bermanja-manja...atau rasa nak berbuat amal jariah...amik je kucing-kucing terbiar dan bela...kucing2 terbiar tu...kalo dah dimandi dan dibersihkan...cantik aje ghope dia kan...Selain korang memberikan kucing-kucing tu perlindungan...utk perubatan...kos yg minima jek untuk kucing2 dikutip ni...maklumla...kucing Malaysia ni Gagah2 ya...setakat vaccination dan deworming tu ape la sangat kan...lain la kalo kucing Mahal...maka ubat dan makanan pun kene mahal gak! huhhu...x gitu ke?

Ok lah kengkawan...den nak balik sudah...Renung-renungkan dan...Selamat Beramal...huhhuh

Thursday, 10 March 2011

OUR BUSINESS CONCEPT ~ Preliminary

[CLICK ON IMAGE TO ENLARGE]

BEGITULAH KIRANYA KONSEP YANG CUBA KAMI NAK KETENGAHKAN...DARI KORANG SUSAH PAYAH BAWAK ANAK2 BULU KORANG KE KLINIK, BAIK KTRG JE DTG UMAH KORANG KANNNN...XDE LA KORANG NAK RUSHING BALIK DR OPIS LALU BERGEGAS KE KLINIK...KAMI CUBA MEMBANTU SELAGI TERDAYA....INSYAALLAH HARGA YG KAMI TAWARKAN TIDAK MAHAL...SEMUANYA MASIH DALAM PERBINCANGAN...DOAKANLAH KAMI BERJAYA MAJU KE HADAPAN YA....MUAHHHHHHHHHSSS....

Bismillahirrahmanirrahim...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA ...(ayat pembuka kene manis dan skema kannn) heheheh...Seperti yang dapat anda lihat di atas tu, logo untuk syarikat kami yang masih lagi dalam peringkat penubuhan. Mohon korang doakanlah dipermudahkan jalan untuk kami di masa hadapan...tapi kan...korang tau ke sape kami ni??? Kompem x tau ye dakk..hahaha. 

Kami yang pertama nya ialah...jeng jeng jeng...Dr Zulkefle Nizam (DVM.UPM) yang merupakan tunggak utama KPS ni...beliau yang bertindak sebagai Doktor Veterinar yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas merawat, memberi khidmat nasihat dsb...beliau dah berpengalaman lebih kurang 4 tahun dalam bidang veterinar ni...x la lama sangat, tapi memadaila...maklumla...grad pun baru 4 tahun...xkan dah ade eksepirien labih dari tu kot! ekekekek...

Kami yg kedua nye pulak...Elyayuzaida Binti Haron. Haaaaa...beliau ni ditugaskan atau diamanahkan menjada perihal urus tadbir dan kewangan katanya...yang tu tugas nyatalah...yang tak nyatanya...lepas tuan doktor merawat haiwan-haiwan kesayangan kita tu...dia jugak bertindak merawat tuan doktor nye pulak! hahahahah...rawat ape? alah...yg tu perihal laki-bini...xyah le bgtau ye...hahahahah [saje nak inpom diowang ni dah kawen~jgn pulak di nguratnye nanti! ] hahahahahah

Kami yang ketiganya pulak...ialah saya...Mohd Rizal Ahmad. Ditugaskan untuk tugas-tugas Sale,Marketing dan secara x langsung menyusun jadual rawatan untuk tuan doktor. huhuhuhu...Saya ni pemalu orangnye...tapi x la malu sangat..huhuhuh..gedik! hahahah

Ate...teman ghase cukup la pendahuluan nye...panjang bebnor karang jemu pulak kome mengeja kan...Insyaallah kalo le rajin ...teman masukkan maklumat lain sok luse ye...eheheheh. Sekian. Wassalam... 
( ^ . ^ )